Wednesday, 16 July 2014

keseratus dan tiga puluh lima,

lama tak menulis.

selamat Felixia Yeap pulang ke agama yang syumul, kita kecah isu Neelofa telah bertudung penuh. kemudian mulalah perbandingan sebelum dan selepas ke atas dua makhluk ini oleh selebihnya lagi makhluk-makhluk bumi.

menutup aurat itu sudah pun lama termaktub sebagai tuntutan nafsi-nafsi.

seperti tersebarnya gambar Bunkface solat sebelum membuat persembahan, kita memuja-muja mengagung-agungkan artis-artis begini. walhal, solat juga sama hukumnya seperti menutup aurat; wajib ke atas setiap individu.

tidak pun terangkat satu darjat mereka lebih dari kita hanya kerana mereka artis yang menjalankan kewajibannya. mereka tetap manusia. kenapa mahu dicanang amal pahala mereka, kenapa perlu disebar-sebar mereka yang terdahulu sebelumnnya bagaimana?

kemudian isu perempuan kereta Peugeot CDM25, aku hampir-hampir terklik "share" pada videonya malam tadi. tapi aku pegang prinsip yang sama. kalau takmahu canang amal pahala, kenapa mahu dipekik-pekik cela dosa orang?





*antara maki-hamun aku*

yang betul-betul aku nak tekankan ni, pada konsep "saat menegakkan kebenaran, yang tak dikenali pun kita sokong sebulatnya. bila menerima kesalahan kenapa tidak kita akukan bersama?"

cuba kalau yang jadi tu sebaliknya, mesti kita kasihankan habis-habisan pada perempuan tu walau pun kita tak kenal dia siapa. kita kasihankan dia, atas dasar agama dan bangsa. kita kasihankan dia, yang kepala elok berlitup di bulan mulia ini.

tapi sayang, sekarang ceritanya bukan sebaliknya. tapi kita? kenapa kita memilih untuk memaki-hamun dia? nak jadi macam dia juga? 

aku RT tweet Jebs, betul kata dia. memang perempuan tu salah, tapi kita lagi salah sebab membiarkan dia membuat kesalahan tu. 

tak bolehkah kita-kita ini masih berlandaskan agama dan bangsa, mewakili perempuan itu memohon maaf dan menunjukkan nilai yang jauh lebih baik yang sebenarnya perempuan itu tahu cuma dia tak terkawal amarahnya? 

tak sudikah kita-kita ini untuk mengaku salah-salah orang lain? seperti kita menyokong orang yang sebangsa seagama dengan kita dipihak yang benar, kali ini kenapa tidak kita cuba menunduk terima salah dan memohon maaf kerana seorang yang sama bangsa dan agama dengan kita juga?

kenapa tiap-tiap satu prinsip itu kita sekadar amal separuh jalan? orang buat jahat, kita canang. orang buat baik pun kita canang, tapi dengan perkataan "alah...." jahat orang dibesar-besarkan. baik orang direndah-rendahkan.

*aku hantar mesej ke Robin Sim. harap-harap dia baca*



No comments:

Post a Comment

terima kasih c: