Sunday, 6 July 2014

keseratus dan tiga puluh empat,

beberapa hal rawak yang sedang ligat dalam kepala,

1. bagaimana kita begitu yakin merencanakan masa depan lima atau sepuluh tahun akan datang sedang esok belum tentu kita punya?

tapi itu tak bermakna kita harus diam mengikut arus sementara menunggu mati, bukan?

2. dah lapan kali buka puasa, agaknya ada orang dah jamah enam belas juadah sedang aku steady makan nasi putih, keli cili, kuah tomyam hari-hari. semalam dengan hari ini baru termakan nasi kukus. apakah menu iftar aku esok dan lusa?

jangan taktahu orang yang paling susah buat keputusan nak makan apa yang kemudian pilih         menu yang sama tiap kali itu adalah orang yang setia.

kahkah.

3. sebanyak-banyak buku dah terbaca setakat ni, buku apa harus aku anugerahkan buku terbagus dan ulang baca dan terus ulang-ulang baca lagi?

padahal ada buku-buku yang dibeli masih elok dalam plastik tak terbacakan.

4. nak menulis lagi, tapi mana ilham ni?

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: