Monday, 26 May 2014

keseratus dan tiga puluh,

-jerawat tiga ketul di pipi kiri
-jari tengah tangan kiri bengkak
-ketuat seketul di ibu jari kaki kanan
-pen tiga batang tiga-tiga tak nyala 

itulah rupa paper pertama tadi. biasalah musim exam semua sakit semua payah nak datang. ujian tuhan katanya, kifarah dosa. 

satu benda aku suka bila masuk dewan nak exam ni, tengok muka-muka brothers sisters semua suci dan penuh harapan. berjihad di jalan Allah katanya. 

esok paper apa? Introduction to the Islamic Worldview. aku suka Ustaz Yusuf Ali ni. walaupun revisi tak habis lagi, aku harap baik-baik sajalah hendaknya.

oh, tadi tanya-tanya khabar akak yang tengah sibuk siap-siap nak bertunang Selasa ni. semoga yang baik-baik juga hendaknya. ampun, tak dapat sempurnakan majlis. 8 Jun insyaAllah aku jejak Kelantan.

sehingga itu, exam dulu!

Thursday, 22 May 2014

keseratus dan dua puluh sembilan,

Nur Kasih.

mula-mula cerita ni keluar tv, zaman-zaman musim cerita tiap hari Jumaat tu. 2009. haih, payah nak tengok drama bersiri sebab duk asrama. aku pun lupa masa tu bulan puasa kot, tu yang menyempat tengok kejap. tahun berikutnya, cerita ni ditayangkan lagi sekali pun bulan puasa, satu episod 40 minit tanpa iklan. masa tu baru aku betul-betul tengok cerita ni. 

sumpah, ini cerita paling ______ sepanjang hidup aku pernah tengok.

*______ sebab aku tak jumpa lagi perkataan sesuai nak bubuh situ*

2013, bulan Jun masa aku stay kat CFS,PJ dua minggu untuk Taaruf Week, aku download balik 26 episod cerita ni. dan aku tengok lagi sekali. macam orang gila sorang-sorang depan laptop. sampai Ayep dengan Azmi pun terpengaruh sekali.

sumpah, ini cerita paling ______ sepanjang hidup aku pernah tengok.

*______ sebab aku tak jumpa lagi perkataan sesuai nak bubuh situ*

hujung tahun lepas tetiba laptop aku Yang Maha Acer ni buat hal, banyak benda hilang. cerita tu pun hilang. kecewa jugak. nak download balik tapi asyik tak menyempat je. tapi hari tu aku copy dengan Sakinah. dan di minggu study week yang sejahtera ini aku gunakan masa sebaik mungkin dengan run through balik cerita tu.

sumpah, ini cerita paling ______ sepanjang hidup aku pernah tengok.

*______ sebab aku tak jumpa lagi perkataan sesuai nak bubuh situ*

aku suka cerita ni sebab pada aku ini cerita pertama yang menerapkan unsur islamik secara semula jadi. tidak ada bidaah dan konsep penerapannya selari dan menjadi. ciri-ciri kekeluargaan yang diterapkan, menjadi. semua menjadi. 

yang paling aku tak boleh lupa, hampir setiap scene mesti ada adegan meminta maaf. antara seorang anak dengan mak, menantu dengan mertua. menjadi. semua menjadi. dan cerita cinta selepas nikah yang pada aku takde lah sweet mana tapi kisahnya macam betul-betul wujud di dunia ni.

sebenarnya, aku baru tahu yang cerita ni ada shoot kat UIA, bila Para Jamaludin bagitahu masa kitorang jumpa di Boco kat Gravy Baby dulu. masa tu dia tegur kenapa aku pakai baju kurung pakej tudung putih. aku cakaplah dari UIA lepas tu dia cakap, "Nur Kasih sangat." masa mula-mula tengok dulu tak perasan pun ada UIA dalam cerita ni, kalau perasan pun masa tu mungkin aku tak kenal lagi UIA. kahkah! oh, dan jangan taktahu mahallah yang digunakan adalah Ruqayyah ni sebab masa tu Ruqayyah paling baru dan lawa. kot. dan tempat-tempat lain banyak kat masjid, IRK building, rektori, library dan KAED.

cerita ni salah satu sebab yang membuatkan aku sayang UIA. aku pun tak nampak apa kaitan dia. tapi tulah, mungkin sebab aku suka cerita ni dengan sudut pandangan berbeza dan jalan cerita yang sama sekali tidak klise. cerita yang power. serius tak ada dah pada aku cerita melayu yang mampu bawa unsur sama macam cerita ni. Nur Kasih The Movie sekali pun tak sehebat dramanya. mungkin sebab cerita ni sudah terlalu di- exaggerate. tapi kesudahannya aku ambil kira salah satu ending yang membuka mata sebab movie ni membuatkan aku perasan yang sebenarnya tak akan ada happy ending kerana setiap yang hidup pasti akan mati. 

apa pun, aku betul-betul terkesan dengan cerita ni. lagu ost power. Nur Kasih, tajuknya sendiri juga sudah power. haih.

sumpah, ini cerita paling ______ sepanjang hidup aku pernah tengok.

*______ sebab aku tak jumpa lagi perkataan sesuai nak bubuh situ*


Tuesday, 20 May 2014

keseratus dan dua puluh lapan,

"Bye, All the best start degree ni. Belajar rajin rajin. 
Org sedih tak Sempat jumpa sebenar nya. 
Tp takpalah maybe next time. Take care," - 19, 31 Disember 2013.


dah nak dekat lima bulan. sikit lagi, tak lama dah. lebih kurang enam bulan je lagi. aku harap 'next time' tu betul-betul ada. 

keseratus dan dua puluh tujuh,

tarikh ini, dua bulan yang lalu aku pilih untuk mendekatinya semula. bukan kali kedua, mungkin ketiga atau keempat. aku tak pasti kali ke berapa, tapi yang aku pasti ni yang terakhir kali, insyaAllah.

siapa boleh jamin hidup dia selamat? bak kata Harris, IAD. oh, dan macam Afiq Mus pernah kata dalam satu tazkirah dia dulu; 


"hidup ini tanpa jaminan melainkan satu peluang"

aku yakin, tak ada mana mana kuasa pun boleh jamin apa-apa. macam kita, manusia. siapa boleh jamin dia masih hidup esok hari? tapi, walaupun hidup ini tak ada jaminan, kita ada peluang. peluang dan kemampuan untuk membuat pilihan. memang kita tak tahu kita hidup lagi ke tidak esok. tapi kita boleh pilih bagaimana hidup kita esok kalau kita masih hidup.

sesiapa pun mesti pernah lalui waktu paling celaka dalam hidup dia. dan bagi aku, aku dah merasa salah satu kecelakaan tu. celakanya aku menjadi hamba perasaan dan emosi sendiri. 

kita tahu kita akan jadi paling kalah dengan sesuatu hal yang kita sayang. apa saja kita sanggup buat demi benda yang kita sayang tu. sayang, sampai tak sedar yang kasih sayang tu membawa ke arah kehancuran. sayang, sampai sanggup ditipu berkali-kali, disembunyi dari kebenaran tanpa henti. sayang, sampai bergadai masa, tenaga dan usaha. sayang, sampai kita tolak hal-hal yang lain semata demi dia. 

kita cuba yang paling baik untuk pertahankan perasaan sayang tu. paling baik. sedangkan kita tahu yang sebenarnya dia menggunakan kasih sayang kita itu untuk terus hidup dan menghidupkan masa hadapan di samping mengait beberapa perihal lama. ah, celakanya!

celakanya bila orang yang paling kita sayang buat benda yang paling kita tak suka. celakanya bila orang yang paling kita sayang tak sudi untuk ceritakan kebenaran pada kita. celakanya bila kita rasa kita ditipu dengan orang yang kita sayang tapi katanya kita yang tidak memberi ruang. celakanya bila kita mengalah dan terus-terus mengharap semua tu akan berkahir padahal dia tak memikirkan itu sama sekali. celakanya!

dan, celakanya untuk kita percaya yang cuma kita berhak untuk bahagia. celakanya.

*hembus hingus* 

dah lari mukaddimah tadi. berbalik kepada tarikh ini, dua bulan yang lalu. setelah beberapa ketika, menghitung kebarangkalian dan takdir serta harapan, aku yakin itu keputusan paling adil untuk aku buat.

mungkin terlalu lama masa yang aku ambil, untuk betulkan diri sendiri, kembali ke landasan fitrah asal kemudian mendekatinya semula dan memberitahunya kali ini aku yakin dan takkan hilang lagi darinya. mungkin dia lebih aman dengan ketiadaanku dan hidupnya jauh lebih baik sekarang tanpa aku. tak apalah, jodoh tu kalau dah tak ada nak buat macam mana. biar tak dapat mendekat, aku kirim doa-doa kasih semoga dia terus bahagia.

apapun, aku bersyukur dan tak ada satu pun yang aku sesalkan. pengalaman itu sifatnya mengajarkan. dan sudah tentu dari semua kecelakaan hidup yang aku lalu, setiap satunya mengajarkan sesuatu. 

selepas semuanya, aku belajar satu benda yang sebenarnya kita tak perlu terlalu memikirkan kebahagiaan sendiri dengan memiliki orang yang kita sayang. aku belajar yang bahagia tu boleh datang dari banyak cara. dengan melihat senyuman dan mendengar pesan-pesan hikmat orang-orang tua. dengan gurauan dan caci maki jenaka kawan-kawan. dengan menghargai apa saja di sekililingmu yang sudi menemanimu tanpa harus kau pertikaikan apa-apa. dengan sekadar senyum dan cukuplah menyayangi diri sendiri. itu saja, itupun bahagia. 

sejauh ini, bukan seribu teman atau harta kemewahan yang aku perlu untuk terus mengharung masa depan. cukup sekadar satu dua wajah sahabat, keluarga dan wang bayar yuran mengaji dan belanja makan sampai grad, dan seterusnya. oh, dan kadang kadang ujian sakit perit tu aku tagih, untuk biar aku jatuh dan sedar duduknya tuhan paling tinggi menentukan segala dan akhirnya kepada Dia aku harus pulang dan serahkan semua.