Sunday, 3 November 2013

keseratus dan dua puluh dua,

bismillah.

bila tengok tarikh kali terakhir menulis kat sini rasa macam nak terjun lombong sekarang. serius rasa dah tak tahu apa lagi nak dicarutkan. 

oklah. macam biasa, tiap-tiap hujung sem aku buat sesi pergulungan. tapi sem ni lambat sikit. alang-alang terus tunggu result keluar. haa, kira boleh canang sekali harung lah. 

ok. terus nak taip CGPA ke macam mana? takpe takpe takde masalah sebab aku rasa tak ada orang baca pun apa yang aku tulis kat sini. sem ni sem terakhir sebagai student cfs, aku tak berapa gemar kombinasi subjeknya sebab ada dua subjek merepek yang dari mula aku memang dah dapat firasat yang nak dapat A tu macam sulit sekali yakni Computer dan Basic Themes Quran. nak lagi power, sem ni ada Mathematics II pun aku rasa tertalu rumit untuk mengucup seketul A.

berikut adalah senarai subjek yang berjaya aku khatam selama cfs,

SEM I 2012/2013:
Mathematics I                              B+
Accounting I                                 A

SEM III 2012/2013:
Statistics                                    A
Introduction to Business               A-
Accounting II                              A
Understanding Islam                    B-

SEM 1 2013/2014:
Economics                                  A-
Mathematics II                           B-
Basic Themes Quran                    B
Computer I                                 B-

CGPA = 3.392

mohon kutuk result aku comel. cukup adil dah tu lima A lima B. masa awal-awal masuk cfs, hari kuliyyah briefing yang dapat study plan tu bila aku tengok senarai subjek aku macam boleh rasa lima subjek tu terlalu sulit untuk aku. kan dah masin mulut. macam tu laa rupa dia. apapun, syukur selamat graduasi dari cfs.

ok, proceed. sepanjang sem ni terima kasih kepada Aisyah berjaya menjadi room mate selama tiga sem berturut-turut. Lina dan Syafrina, satu sem yang memang bahagia dapat room mate macam korang. terima kasih Lina selaku paling tua selalu bagi nasihat dan buat kami gelak dengan kisah superstitious nya tanpa gagal. Syafrina yang bila dah ada wifi sendiri kat laptop dah pandai duduk diam dalam compartment sendiri layan cerita Korea. haha. mohon halal makan,minum semua. sampai jodoh, ketemu lagi di Gombak nanti.

terima kasih kepada ECONSS Main Board kerana sudi menerima aku yang setia tapi tak berapa nak berusaha sangat. banyak benda aku belajar. terima kasih semua. mohon ampun dan halalkan apa apa terlebih terkurang sepanjang satu sem ni. terima kasih Baim, Faiz, Fadhli, Syed Hadi, Ardeela, Aida Puspa, Amir Hariri, Nurulhidayah, Wan, Hanin, Afiq Norahairuzan, Fariha, Ikram, Barizah, Firhad, Farhana. terima kasih sebanyaknya. tak lupa kepada biro Welfare walau pun agak lemau sem ni. terima kasih menerima aku sebagai observer biro yang kadang-kadang gipang nak mampus tak sedar diri. semoga terus suksis sem-sem akan datang.

terima kasih makcik tanpa gagal menyediakan makan minum walau pun harga naik, makcik cleaner blok B walau pun ada masa dia emo sampai amuk pecahkan lampu koridor. terima kasih kucing-kucing jalanan menghibur hati walau pun berkutu. terima kasih Barizah, Awin selalu bagi pinjam motor. terima kasih class mates walau pun tak berapa nak kamcing dan selalu bising dalam kelas masa Sir Azmi tengah mengajar subjek Economics. terima kasih lecturer yang banyak ilmunya Mdm Azian, Mdm Akmal, Sir Azmi, Ustaz Nasiruddin. mohon halal semuanya.

terima kasih kepada segerombolan makhluk bumi yang berjaya membuktikan konsep "first impression" tewas dengan konsep "tak kenal maka tak cinta". terima kasih Dini yang mulanya dicaci maki semata kerana tak pandai perah kain di ampaian kemudian menjadi orang yang percaya aku untuk pandu keretanya dan menjadi kawan apa adanya. terima kasih Etul yang mulanya aku rasa dia sedikit dingin dan sukar didekati kemudian menjadi makhluk yang sudi menyumbang muzik indah kepada puisi-puisi aku. terima kasih Yana, Shera dan Biha yang mulanya aku rasa kalian aneh dan pelik kerana berbahasa kucing kemudian menjadi penyumbang tawa gelak tak sudah. terima kasih Dina dan Odah yang mulanya aku ragukan keakraban mereka kemudian menjadi teman memandu di jalan. ketujuhnya mengangkat nama kawan, terima kasih untuk semuanya.

terima kasih tuhan, nyawa ini masih panjang. terima kasih ayah bonda di rumah, kasih sayangnya sikit tak kurang. terima kasih dunia, masih bagi tempat menumpang. terima kasih maya, tanpa jemu bagi peluang.

terima kasih.

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: