Monday, 12 August 2013

keseratus dan sembilan belas,

raya, salam Syawal penuh kasih.

hari raya ni sama saja macam hari biasa, tak ada beza. pagi, bangun solat subuh, mandi, bersiap. kalau ada baju raya tu, rezeki sangat. baju yang awalnya kain tu pergi beli sendiri, hantar tailor sendiri. selalunya mak dah masak awal pagi, pukul tiga gitu. tahun ni, mak buat lontong. macam tahun lepas. dah siap semua, makan dulu masakan mak yang tak pernah tak sedap walaupun terlebih manis sebagai tanda anak jati Kelantan.

ayah, dari dulu, dari seawal usia aku mampu ingat, tiap kali pagi raya dia akan mandi, bersiap, dan terus ke masjid di kampung. dulu aku selalu ikut ayah. lagi pun, kakak dengan abang sorang memang kat sana. mak, raya sorang sorang kat rumah. tapi bila dah besar, dah paham, aku tak lagi tinggalkan mak. aku nak raya dengan dia.

bila semua besar, semua ada kereta sendiri, semua ada agenda raya sendiri. ayah, macam dulu, macam selalu. tapi semenjak ada adik aku, dia angkut budak tu sama. abang, selesai mandi pun berangkat dengan kereta sendiri, pun ke masjid di kampung. begitu juga abang kedua. tinggal aku, kakak, mak. kadang-kadang kakak ikut ayah. 

aku, selesai makan terus bersiap pergi ke surau sebelah rumah. jalan kaki saja. solat sunat aidilfitri. selesai, balik rumah, makan lagi.

selalunya adik beradik mak semua berkumpul kat rumah nenek kat kampung. tapi sejak tahun lepas tak lagi sebab rumah nenek dah usang sangat. nenek pun duduk rumah Pak Pandi kat Sungai Petai, kampung sebelah je. sebab dah tak berkumpul, Mak Teh buat rumah sendiri kat Gaal, tanah pusaka atuk. senang, tiap kali pulang dari Kuala Lumpur, ada tempat nak tinggal. dan selalunya Mak Long dengan anak dia, keluarga Pak Su Sidi akan tumpang situ jugak. Pak Shukri sekeluarga selalu dari Kuantan dia tidur hotel je. Cik Su Mini selalunya balik hari, sebab kampung belah suami kat Kemaman je. yang memang kat Kelantan, Pak Hasan rumah dia belakang rumah nenek je. Pak Mat Sufian kat Bukit Gedombak, pun kampung sebelah je.

sebab dah tak berkumpul macam dulu, maka aku pun selesai solat sunat raya dan makan round kedua, gostan kereta mak, pergi jenguk semua saudara-mara yang ada. kejap je, salam-salam, makan sikit, borak kejap, lepas tu baliklah. tak sampai hati tinggal mak lama kat rumah.

lepas tu, dorang selalunya berarak pergi tiap-tiap rumah adik beradik. sampai laa giliran rumah aku, beraya dengan mak. kadang petang, tak pun malam.

tu hari pertama. hari kedua? lepas subuh, aku tidur balik. semua kembali asal, macam hari biasa. raya pun habis.

keluarga belah ayah aku kurang sikit. semua pun duduk kampung sini je. yang macam paling boleh masuk, Pak Khalid Cik Pah. tu salah satu rumah yang aku singgah jugak. rumah dorang belakang masjid kampung yang ayah solat raya tu je. yang lain, Cik Ani kat Bukit Gedombak jugak, Cik Ina sekampung dengan aku tapi taman belakang sikit. Cik Su Ati dulu TUDM Subang tapi baru pindah TUDM Gong Kedak, pun kampung sebelah je. tapi aku tak pernah sampai lagi rumah dia. entah, makcik makcik yang ni aku kurang sikit.

itu saja raya untuk aku. tak ada sesi salam beratur ikut giliran usia bermaaf-maafan dapat duit raya, tak ada makan sembang semeja. tak ada. semua biasa-biasa. semua sendiri-sediri.

tahun ni, raya kedua dah balik KL. masa raya pertama, sempat singgah rumah Teh je. malam tu Pak Shukri datang rumah. itu saja. lain tak sempat jumpa. tak apalah, harap tahun depan ada lagi.

sekian,

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: