Wednesday, 22 May 2013

keseratus dan sembilan,

eh lamanya dah tak menulis kat sini. ok, memandangkan dah habis sem III 2012/2013 ni marilah kita membuat sesi penggulungan.

secara keseluruhan sem ni lagi meriah daripada sem lepas. kelas pun ok. bila mana persepsi pertama tumpas dengan kata-kata tak kenal maka tak cinta. terima kasih kepada kawan baru yang baru kita kenal hati budinya. Syafrina, rakan jenayah kelas Arab. dan Lina, si joyah group mate assignment Statistics yang akhirnya menjadi geng Business Plan. paling utama, terima kasih kepasa Sarah yang menjadi group mate untuk semua assignment *kecuali Statistics sebab tak sama kelas* tapi sayangnya sem depan dah tak sama kelas untuk semua subjek. siapa yang dapat group dengan Sarah bertuahlah. gunakan dia sebaik mungkin! haha.

teman-teman bilik yang sentiasa ramah mesra. ramas ramas mesra kadang-kadang pun ada jugak. haha. terima kasih Aisyah yang selalu bagi pinjam seterika dan menyediakan perkhidmatan printing di A 1.4. *oh terima kasih sabun Lux yang wangi tu kat toilet selalu cilok sikit*. terima kasih Athira yang selalu menghiburkan dengan dialek Kedah dia yang sangat sedap dan akhirnya berjaya belajar untuk menyusun jadual mandi dengan betul. *kami bakal merindui awok* 

untuk Welfare & Discipline Bureau, ECONSS. terima kasih untuk program yang bermanfaat. penat jugak jadi setiausaha pesen buat minit mesyuarat ikut suka hati. kahkah! terima kasih untuk semua ahli biro, terutama ketuanya, Daus yang banyak berkorban untuk semua program. Ms. Ahda penasihat, yang selalu memberi nasihat pun, terima kasih.

oh dan tidak lupa juga kepada semua lecturer, Mdm Manizah, Mdm Rahimah, Sir Razak, Ustaz Maulana, Ustaz Wan Shohor, Ustazah Adilah yang telah pun menumpahkan ilmu dengan jayanya sepanjang sem ni. jasamu dikenang!

untuk result sem ni tak tahu nak cakap apa. seminggu study week tak guna betul-betul pun. mengenangkan kembali carry marks yang ada, harap-harap resultnya nanti baik-baik saja :)

ok, ni cuti sebulan niat mulanya taknak balik rumah langsung. tapi abang cakap tak elok, masa orang tua ada lagi ni lah kita kena jenguk dorang. dan akhirnya, Jumaat ni bakal berangkat pulang ke kampung halaman untuk beberapa hari.

dan, yang paling penting cuti ni bakal dikorbankan untuk menjadi Taaruf Committee untuk intake 2013/2014 ni. maka berkampunglah di CFS IIUM, Petaling Jaya bermula 2 hingga 14 Jun. selamatlah mengerah keringat.




No comments:

Post a Comment

terima kasih c: