Friday, 24 May 2013

keseratus dan dua belas,

khusus untuk bakal students Econs, CFS IIUM.

baiklah, paling mudah aku akan kongsikan semua maklumat yang mampu dengan ayat yang paling ringkas. seperti semua maklum, students Econs akan tinggal di kampus Gombak yakni Mahallah Maryam. sisters akan menghuni blok A,B,C dan D. brothers pula E dan F.

kalau ground floor, katilnya double dacker. maka satu bilik, empat compartment, 8 orang. kalau bilik selain ground floor satu compartment sorang, maka empat orang sebilik. jangan risau, duduk 8 orang pun, keselesaannya tetap terjamin. bersyukur saja dengan apa yang ada :)

memandangkan semua students akan menjalani Taaruf Week atau dalam kata lain minggu orientasi di CFS Petaling Jaya paling tidak selama dua minggu, saya mencadangkan bagi students yang rumahnya berdekatan bawalah barang ke PJ tu untuk dua minggu sahaja. nanti pergi Gombak baru bawa semua barang. tapi bagi yang jauh tu tak mengapa, bawa saja semua keperluan. nanti nak gerak Gombak, bas akan disediakan. 

semasa Taaruf Week, semua students kena menduduki APT dan EPT. Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. tak perlu tekanan jiwa. kalau tak ada basic Arabic, tak perlu lubangkan kertas soalan tu. cukup sekadar tulis nama, nombor matrik dan kuliyyah. tapi untuk English, cubalah sebaik mungkin kerana semua orang mempelajarinya sewala usia tadika. 

haa banyak tak banyak lah kesan APT dan EPT tu yakni mempengaruhi tempoh pengajian semasa cfs. kalau exempted dua dua subjek, alhamdulillah dapatlah tempoh cfs hanya setahun. atau pun , exit English dan Arabic level 2. Arabic ada dua level. kalau dapat level 1, exam final sem pertama nanti cubalah untuk exempted. nanti tak payah ambik level 2. kalau tak, macam aku ni naik laa level 2 bila tak exit sem 1 dulu. ada room mate aku dulu dia exempted Arabic tapi English level 4, maka dapatlah dua tahun. aku ni setahun setengah, Arabic level 1 dan English level 6.

macam ni lah, aku cadangkan korang jangan kabut pikir pasar tempoh pengajian cfs ni. yang penting APT EPT nanti korang buat betul betul. lepas tu, ada kuliyyah briefing dan korang akan dapat study plan. kat situ ada tulis kalau exit ke kalau level itu ke ini ke, subjek apa kena ambik sem pertama dan seterusnya.

di Maryam, students boleh bawa basikal, motorsikal. untuk motor, kena minta sticker daripada guard post untuk menghalalkan penggunaan kenderaan tersebut. agak jauh perjalanan dari mahallah ke kelas sebab kita ni kan menumpang kat main campus ni. selalu kita punya kelas di Institute of Education, Kuliyyah Engineering, Kuliiyah ICT *atas bukit*. perkhidmatan bas shuttle disediakan ulang alik dari mahallah ke kelas. bas paling awal jam 08.45 pagi.

untuk yang suka bersosial, korang boleh join FSCC, FRC, MRC, dan ECONSS. semua students Econs secara automatiknya ahli kelab ECONSS tapi kalau nak lagi best, jadilah subcommittee. macam aku, sem lepas aku Setiausaha Biro Welfare. haa ECONSS ada lima biro, education, welfare, business, sports dan information & publication. joinlaa, baru korang tak bosan selain hadap buku je. kalau suka bersukan, korang boleh labur bakat korang ke mana mana kelab sukan. kalau terpilih, boleh join Mustang yakni  team UIA.

dari segi pelajaran, kita kan disediakan study plan. maka, kenalah ikut jadual yang diberi. macam aku, first sem dulu kena ambik Arabic level 1, English level 6, Maths 1, Accounting 1. berat tak berat jugaklaa, tapi kelas language ni bahagia je. tak rugi pun belajar. oh, kalau kena repeat, kena masuk short sem. kalau tak lepas jugak, kena bawa subjek tu ke long sem seterusnya. macam aku tak ada repeat apape, cutilah tiga bulan. sem hari tu subjek aku Accounting 2, Statistics, Into to Business, Understanding Islam dan Arabic level 2. agak berat subject core yang banyak tapi rilek sajo. niat baik, nak belajar tu insyaAllah dipermudahkan.

oh, nanti Taaruf ada test tilawah dan fardhu ain jugak. kalau tak lepas fardhu ain, kena ambik kelas fardhu ain. maka bertambahlah contact hour. contact hour tu jumlah jam kelas dalam satu sem. credit hour pulak pemberat untuk setiap subjek dalam pengiraan cgpa nanti. ok, kalau tak lepas tilawah, kena ambik tilawah. kalau lepas tilawah, kena ambik Study Circle. Study Circle tu macam usrah lah kalau sesiapa yang pernah ada pengalaman kas sekolah dulu.

untuk beberapa ilmu extra ni yang secara terangnya tak berkaitan dengan Econs tapi, timbalah dengan ikhlas. banyak kebaikannya. itulah antara kelebihan UIA berbanding universiti lain.

selesai cfs, untuk degree nanti kita ditawarkan empat major iaitu Bachelor of Accounting, Bachelor of Business Admin, Bachelor of Economics dan Bachelor in Science of Islamic Finance. jangan kabut jangan risau, sepanjang cfs tu korang boleh fikir dan buat keputusan sebaik mungkin nak pilih degree apa nanti. nikmatilah kehidupan cfs dulu.

peraturan kat Gombak sama je pelaksanaannya seperti di PJ tapi mungkin tak ketat sangat. tapi hari Rabu sisters wajiblah bertudung putih. dress code, kena jaga sepanjang masa. paling senang, pakai je lah baju kurung atau jubah. kasut kena berlitup dan berwarna gelap.

ok, secara seriusnya aku dah tak tahu nak cerita apa lagi. sebarang permasalahan bolehlah rujuk kat group fesbuk ni. kalau nak tanya sendiri ke aku, boleh PM. 

syukran! 

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: