Monday, 22 April 2013

keseratus dan lapan,

aku tak mahu lagi perihalkan kesedihan
maka tak akan lagi aku memperihalkan apa-apa
setelah semuanya cuma derita,

keseratus dan tujuh,

aku harap tanda kelakian kau pecah
sebelum mana-mana lagi perempuan kau singgah
untuk maruahnya kau ratah
dan kau betinakan dia semudah-mudah.

atau,
paling tidak
aku harap kau cepat-cepat mampus!

Monday, 1 April 2013

keseratus dan enam,

makin aku nampak
makin kau sembunyi, jauh, dan asing

kau masih memilih dia
saat aku benar yakin
kasih sayangku cukup untuk meraih seluruh jiwamu

aku tidak memilih untuk pergi
sebagaimana aku yakin juga
kasih sayangku cukup untuk menebus amarah dan benci

maka aku kekal menjadi yang bodoh, tertipu dan tewas sendiri.

kau bisa terus sembunyi
berapa-apa sahaja dibelakakangku lagi
selama aku masih sayang dan kasih ke engkau

kau bisa lihat sejauh mana kasih dan sayang ini mengejarmu
sampai ia lelah dan kontang
lalu berhenti dan mati

keseratus dan lima,

aku.betul.betul.harap.kau.tak.tipu.

atau.tak.beritahu.
sebab.sembunyi.pun.aku.ambil.kira.ditipu
sebab.bila.rasa.ditipu.aku.jadi.sakit.
sakit.yang.aku.khuatir.aku.simpan.
lama.lama.jadi.dendam.