Tuesday, 26 March 2013

keseratus dan empat,

first impression.

sepertinya bagaimana? kata orang, setiap kali kita berhadapan dengan sesiapa, kita kena bagi first impression yang baik. dalam banyak-banyak hal aku rasa ini satu perihal yang paling aku tak mampu. sebab aku selalu bagi pandangan yang salah kepada orang lain tentang diri sendiri. aku tak cakap aku ni baik betul sebenarnya dan orang lain yang pikir buruk pasal aku. tidak. tidak. 

oklah, mari kita main contoh. bila mana aku datang ke situasi yang baru, aku cuba untuk kawal diri sendiri. tapi tak lama, aku akan mula tunjukkan diri sebenar yakni banyak cakap, suara kuat dan kasar secara jujurnya. maka orang sekeliling akan mendapat pandangan yang tak negatif. bila seseorang tu mula baik dan rapat dengan aku, maka ayat koman pun akan keluar, "Zuhairah ni lawak lah. dulu ingat Zuhairah macam sombong pastu garang".

maka aku berpegang kepada konsep tak kenal maka tak cinta yakni kita kenalah tahu dulu orang tu macam mana baru kita boleh nilai baik buruk dia. paling tidak, mabil masa sehari untuk cuba berkomunikasi dan memerhatikan dia. kalau tak mampu sehari, ambillah lima minit. tapi aku rasa lima minit tu tak cukup untuk kenal aku, mungkin dalam masa tu yang buruk saja orang akan nampak. haha, entahlah.

konsep tak kenal maka tak cinta ini aku gabungkan dengan konsep husnuzon yakni sentiasa berfikiran baik. kita memang manusia, mungkin mudah lupa dan kadang-kadang ambil perkara sambil lewa. tapi paling tidak, aku cuba. sentiasa cuba. aku akan beranggapan baik dengan sesiapa saja yang belum aku kenal sebab aku tahu paling tidak sikit, mesti orang tu pun ada pikiran negatif ke aku. maka aku harap dengan husnuzon yang aku cuba amalkan ini aku akan terhindar dari isu-isu bergosip, mengecam manusia dan secara tidak langsung menjaga imej aku yang telah pun sebenarnya tercalar dek sikap kekasaran aku. *pahe dok ayat panje ni*

bagaimana pula perihal konsep husnuzon yang kemudiannya dicemari dengan kebenaran yang sememangnya negatif? baik, mari kita main contoh lagi. aku ada sorang kawan ni, dia cantik betul tak tipu siapa tengok pun mesti akan cakap dia cantik. pakaian dia selalu lawa-lawa kemas-kemas. budi bicara baik-baik jangan nak banding dengan aku memang jauh sekali. nak dijadikan cerita pada suatu hari, aku ternampak gambar dia yang dia sebenarnya free hair. aku tak tahu bagaimana nak zahirkan kekecewaan itu dalam kata-kata. adakah kekecewaan ini datang kerana husnuzon aku tadi? tapi tak berhak kah pula untuk aku kecewa bila suatu perkara yang kita harapkan sebenarnya sebaliknya?

tapi aku kekal positif. orang tak pakai tudung, tak semestinya dia jahat. mungkin itu satu je kesilapan dia. aku yang pakai tudung ni pun, dosa-dosa lain menggunung jugak. dunia semacam kejam tapi ia tetap adil. adil, bukan? 

apa pun, aku masih berpegang kepada konsep tak kenal maka tak cinta dan mengamalkan sikap husnuzon. aku tahu nanti akan sampai masa aku kena jugak berubah kalau tak, mesti tak ada putera raja nak masuk pinang. tapi, aku harap bukan sekarang. aku masih gemar menjadi yang hensem dan bersuara lantang pada masa yang sama dengan harapan aku akan sentiasa mengekalkan orientasi diri yang sebenar.

oh, aku nak tekankan perihal kekecewaan di atas tadi. aku kecewa dia tak bertudung bukan sebab aku suka dia dengan perasaan yang berbeza ke apa. cuma, dia seorang kawan yang aku baru nak dekat. rasa sayang bila dia tak macam yang kita harapkan. lillahi, itu saja.


No comments:

Post a Comment

terima kasih c: