Tuesday, 26 March 2013

keseratus dan empat,

first impression.

sepertinya bagaimana? kata orang, setiap kali kita berhadapan dengan sesiapa, kita kena bagi first impression yang baik. dalam banyak-banyak hal aku rasa ini satu perihal yang paling aku tak mampu. sebab aku selalu bagi pandangan yang salah kepada orang lain tentang diri sendiri. aku tak cakap aku ni baik betul sebenarnya dan orang lain yang pikir buruk pasal aku. tidak. tidak. 

oklah, mari kita main contoh. bila mana aku datang ke situasi yang baru, aku cuba untuk kawal diri sendiri. tapi tak lama, aku akan mula tunjukkan diri sebenar yakni banyak cakap, suara kuat dan kasar secara jujurnya. maka orang sekeliling akan mendapat pandangan yang tak negatif. bila seseorang tu mula baik dan rapat dengan aku, maka ayat koman pun akan keluar, "Zuhairah ni lawak lah. dulu ingat Zuhairah macam sombong pastu garang".

maka aku berpegang kepada konsep tak kenal maka tak cinta yakni kita kenalah tahu dulu orang tu macam mana baru kita boleh nilai baik buruk dia. paling tidak, mabil masa sehari untuk cuba berkomunikasi dan memerhatikan dia. kalau tak mampu sehari, ambillah lima minit. tapi aku rasa lima minit tu tak cukup untuk kenal aku, mungkin dalam masa tu yang buruk saja orang akan nampak. haha, entahlah.

konsep tak kenal maka tak cinta ini aku gabungkan dengan konsep husnuzon yakni sentiasa berfikiran baik. kita memang manusia, mungkin mudah lupa dan kadang-kadang ambil perkara sambil lewa. tapi paling tidak, aku cuba. sentiasa cuba. aku akan beranggapan baik dengan sesiapa saja yang belum aku kenal sebab aku tahu paling tidak sikit, mesti orang tu pun ada pikiran negatif ke aku. maka aku harap dengan husnuzon yang aku cuba amalkan ini aku akan terhindar dari isu-isu bergosip, mengecam manusia dan secara tidak langsung menjaga imej aku yang telah pun sebenarnya tercalar dek sikap kekasaran aku. *pahe dok ayat panje ni*

bagaimana pula perihal konsep husnuzon yang kemudiannya dicemari dengan kebenaran yang sememangnya negatif? baik, mari kita main contoh lagi. aku ada sorang kawan ni, dia cantik betul tak tipu siapa tengok pun mesti akan cakap dia cantik. pakaian dia selalu lawa-lawa kemas-kemas. budi bicara baik-baik jangan nak banding dengan aku memang jauh sekali. nak dijadikan cerita pada suatu hari, aku ternampak gambar dia yang dia sebenarnya free hair. aku tak tahu bagaimana nak zahirkan kekecewaan itu dalam kata-kata. adakah kekecewaan ini datang kerana husnuzon aku tadi? tapi tak berhak kah pula untuk aku kecewa bila suatu perkara yang kita harapkan sebenarnya sebaliknya?

tapi aku kekal positif. orang tak pakai tudung, tak semestinya dia jahat. mungkin itu satu je kesilapan dia. aku yang pakai tudung ni pun, dosa-dosa lain menggunung jugak. dunia semacam kejam tapi ia tetap adil. adil, bukan? 

apa pun, aku masih berpegang kepada konsep tak kenal maka tak cinta dan mengamalkan sikap husnuzon. aku tahu nanti akan sampai masa aku kena jugak berubah kalau tak, mesti tak ada putera raja nak masuk pinang. tapi, aku harap bukan sekarang. aku masih gemar menjadi yang hensem dan bersuara lantang pada masa yang sama dengan harapan aku akan sentiasa mengekalkan orientasi diri yang sebenar.

oh, aku nak tekankan perihal kekecewaan di atas tadi. aku kecewa dia tak bertudung bukan sebab aku suka dia dengan perasaan yang berbeza ke apa. cuma, dia seorang kawan yang aku baru nak dekat. rasa sayang bila dia tak macam yang kita harapkan. lillahi, itu saja.


Tuesday, 19 March 2013

keseratus dan tiga,

selepas dua kertas, selepas semuanya,

aku sedar yang sebenarnya di sisi aku tak ada siapa
bersaing memanjang langkah ke dewan periksa
membelek cemas buku nota sebelum ke meja
duduk sebelah-menyebelah bertentang isyarat mata

tak ada
memang tak ada

yang ada
cuma malaikat
dan bayang-bayang
itu pun kalau siang 
matahari membahang


Sunday, 17 March 2013

keseratus dan dua,


perihal dua kecurangan lelaki
pertama, mencurang dengan lain wanita
ini perkara biasa, terlalu biasa
keduanya, kecurangan kepada nafsu

bagaimana rupa kecurangan itu?

saat dia menagih maruahmu tanpa silu
memenangkan nafsu yang satu
dengan sembilan akal beradu
itulah kecurangan yang terbangsat berlaku

andai lelakimu menjalani kecurangan pertama
biarkan saja dia pergi tanpa banyak bicara
kau masih bernyawa dan bakal membaharui cinta

namun setelah lelaki itu keberaniannya 
melintasi kecurangan kedua-duanya
meragut maruahmu lalu pergi ke lain cinta
jadinya apa, buangkan saja dia!

jangan lagi diangkat nilai dirinya
menjadikan teman atau apa sahaja
dia cuma lelaki tanpa kelakian nyata

lalu aku kasihankan engkau, orang ketiga
setelah merampas kekasih dia
sebetulnya apa sahaja yang engkau raih
lelaki yang tinggal sedikit berbaki
yang mungkin engkau juga bakal dicurangi
curangan pertama atau kedua, kau pilih sendiri

Saturday, 2 March 2013

keseratus,

mungkin doa di lima tahun yang aku bekal
belum sebetulnya cukup-cukup tebal
untuk melindungi dirimu sekebal-kebal

maka tak bisa aku salahkan engkau tunggal-tunggal
bila mana engkau dan noda jatuh tersangkal

selamat pulang,sayang
gagahlah kau menapak ke norma yang asal
aku masih mengasihimu secekal-cekal
tanpa sedikit lagi mahu gagal

kesembilan puluh dan sembilan,


dalam keramaian gerombolan pemuzik gagah
kita duduk di kerusi sebelah menyebelah
meniupkan melodi lagu yang sama
mengira detik tempo yang sama
sama, kesemuanya

lalu kita melalui cerita yang selari
sepertinya segala darimu aku serupai 

kata orang,
gayaku berdiri menopang sebelah kaki
memeluk tubuh tangan kanan disilang ke kiri
sama, sama seperti engkau sendiri

sayang, menjadi Kasim Selamat 
seperti engkau yang hebat
tidak ke akhirnya kesampaian 
dan impian cuma kekal impian

kerusi di sampingmu tidak lagi aku dudukkan
melodi lagu yang sama tidak lagi aku tiupkan
detik tempo yang sama tidak lagi aku kirakan
semuanya sekedar ku dengar dari kejauhan
dan kau masih di situ dengan rutin tiada kebedaan

tahun berlari dan engkau pergi
hidup baru, barangkali sedikit lebih sempurna engkau jalani
biar lagi tak sama keberadaan kita
kita masih terus bicara di dunia maya
mengusulkan senda mendekahkan canda
aku yakin tawamu juga masih serupa
bisa lagi aku membayangkannya

hari ini aku khabarkan kesulitan
perihal kondisi sedikit kesempitan
ada prihatin sudi kau hulur tadahkan
ada rezeki cuba engkau tawar kongsikan

tapi apa juga yang mampu aku jadikan balasan
budi bicaramu saja sudah aku terharukan
lalu terima kasih dan syukur aku panjat ke tuhan
kirimkan engkau sebaik-baik insan
seketika menjadi teman memberi ajaran
sekarang datang dengan semanis pertolongan

maka yang hanya aku mahu untukmu
semoga segala ketenangan engkau jamukan pada penghidupan
biar kolam yang engkau genang di mata cuma kerana aman
dan kejayaan bisa kau kutipkan sepanjang perjalanan

dirgahayulah, teman sepermainan

notakaki; kepada dia, peniagawati berjaya.


Friday, 1 March 2013

kesembilan puluh dan lapan,


kita ini kalau ada sebesar-besar rahsia
terlalu sulit untuk memiliki pihak kedua
yang berkongsi hidup,jiwa dan segalanya
kerana nanti ketika semakin senang dan percaya
kita bakal menceritakan segala-galanya
paling tidak
takdir akan membawa jalan temukan dia pada semuanya
lalu mendatangkan soalan perit satu demi satu berbicara
jangan kau nanti jawapan sempurna
bila mendengar soalan itu juga dia tak bisa

kesembilan puluh dan tujuh,

aku juga tidak tahu
mana yang paling indah untuk disematkan nota cinta kita
tapi yang pasti bukan pada sejarah kekasih lama.

kesembilan puluh dan enam,


aku kira untuk penghidupan yang baru
buangkan saja kitab cinta lamamu
kau simpan jauh atau sorok sembunyi saja
sekadar menghilangkan dari mata sementara
jadinya apa?
atau kau mahu tatap lagi nanti di hari muka
sambil kau mengingati dia lalu membaca semula tiap satunya

aku jadi keliru 
bagaimana tafsiran meninggalkan dan melupakan padamu
apabila dia menjenguk singgah mengacah perasaan
meminta menagih yang bukan-bukan
kau masih berpegang diplomasi memberi jawapan

sayang, budi bicaramu terlalu manis
untuk dipijak dia lelaki sial dan dayus