Saturday, 16 February 2013

kelapan puluh dan sembilan,

perihal; 

1) langsung berterang memberitahu
2) belum mahu memberitahu
3) memurnikan sebelum memberitahu
4) tidak mahu memberitahu
5) langsung menipu

pertama, langsung berterang memberitahu dan menyatakan apa sahaja perkara tanpa ragu.yakin dengan konsep kejujuran tanpa selindung dan mempercayai pihak kedua. memegang prinsip apa saja kesulitan bisa ditangani bersama dan diterima seadanya.

kedua, belum memberitahu membawa makna bakal diberitahu bila tiba masanya. masih yakin dengan konsep kejujuran tanpa selindung dan mempercayai pihak kedua tetapi perlu mengumpul kekuatan serta mencari masa untuk berterang.

ketiga, memurnikan sebelum memberitahu pula apabila mahu menyampaikan sesuatu dalam konteks yang positif semata tidak mahu menimbulkan kesulitan seperti menggores perasaan pihak kedua. dianggap sebagai salah satu langkah demi menjaga kesejahteraan hubungan namun di sebalik itu pihak kedua berhak berasa tertipu atau tidak dipercayai. dan hal itu mungkin lebih menyakitkan berbanding mengetahui perkara sebenar.

keempat, tidak mahu memberitahu kerana berasa hal itu harus disimpan sendiri dan khuatir jika sampai memudaratkan perasaan pihak kedua dan meregangkan hubungan. ini akal yang kurang manis. kelihatan terlalu takut kepada kebenaran dan tidak mahu dihampiri sebarang masalah. maka, apakah gunanya pihak kedua? adakah cuma sebagai patung dan harus berkongsi yang baik-baik sahaja?

akhir sekali, perihal langsung menipu itu diambil mungkin kerana terlalu mahu menjaga hubungan dan tidak sanggup menampakkan cela kepada pihak kedua. ini hal yang paling menyakitkan dan tiap kali ia melintasi seperti maut datang menagih nyawa. atas alasan apa sekali pun, penipuan adalah hal yang paling tidak relevan di dalam perhubungan.

sekian.

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: