Wednesday, 27 February 2013

kesembilan puluh dan lima,


saat kitab cintamu rebah ke bumi
pada takdir yang bagaimana aku tak pasti
tuhan bukakan helaian yang penuh duri
mata yang tidak buta memintas kata
cuma pada dua halaman nyata
sayang, keduanya membunuhku juga
kebenaran, kenapa dengan cara ini kau datang
tidakkah kau tahu sakit ini bukan kepalang
maka matikanlah saja aku sebelum esok siang

Tuesday, 26 February 2013

kesembilan puluh dan empat,

jangan bohong lagi, aku bisa mati

Saturday, 23 February 2013

kesembilan puluh dan tiga,


kau terlalu bodoh untuk selamanya menjadi penunggu
bodoh, 
kau tetap bisa lena di perbaringan sendiri.

Thursday, 21 February 2013

kesembilan puluh dan dua,

kehadapan barisan kalsium di benteng gusi
jangan meradang andai ada antara kalian 
terpaksa menyerah dahulu esok hari
mohon engkau rela menerima 
kehadiran dawai besi memagari dirimu nanti
dengan tenang engkau mengikuti pautannya
lalu mengindahkan dirimu
dan menghiasi senyumanku

kesembilan puluh dan satu,


jauh hatiku
sejauh kucupannya sampai di pipimu

Tuesday, 19 February 2013

kesembilan puluh,


aku saja yang berkira 
kau bakalan lebih bahgia tanpa dia
tapi sayang
dia juga yang engkau mahukan untuk menumpah tenang
biar lencananya bercalit munafik
yang pernah giurkan maruahmu
melayan nafsu atas suaramu
kau masih memilih dia ketika berasa aman

apa yang engkau juangkan?

beginikah rupanya telah diputus cinta
bila datang kembali kekasih lama
sebagai sahabat bertukar nama
namun masih berbaur perasaan sama
lalu mengenang silam peristiwa

kau takkan sedar bila kau akan jatuh semula
ke dia

dan kau,lelaki
sebetulnya apakah dikandung benakmu?

apakah pikiranmu ketika memalit dosa kepada dia
apa juga yang engkau pikirkan ketika keberanianmu menjalani kecurangan
terus apa akalmu saat mengasihi kekasih baru
lantas setelah itu datang mengacah kekasih dahulu

nyata kau terlalu jahil untuk berkasih
hingga menampakkan kau tak lagi layak untuk dikasih

Saturday, 16 February 2013

kelapan puluh dan sembilan,

perihal; 

1) langsung berterang memberitahu
2) belum mahu memberitahu
3) memurnikan sebelum memberitahu
4) tidak mahu memberitahu
5) langsung menipu

pertama, langsung berterang memberitahu dan menyatakan apa sahaja perkara tanpa ragu.yakin dengan konsep kejujuran tanpa selindung dan mempercayai pihak kedua. memegang prinsip apa saja kesulitan bisa ditangani bersama dan diterima seadanya.

kedua, belum memberitahu membawa makna bakal diberitahu bila tiba masanya. masih yakin dengan konsep kejujuran tanpa selindung dan mempercayai pihak kedua tetapi perlu mengumpul kekuatan serta mencari masa untuk berterang.

ketiga, memurnikan sebelum memberitahu pula apabila mahu menyampaikan sesuatu dalam konteks yang positif semata tidak mahu menimbulkan kesulitan seperti menggores perasaan pihak kedua. dianggap sebagai salah satu langkah demi menjaga kesejahteraan hubungan namun di sebalik itu pihak kedua berhak berasa tertipu atau tidak dipercayai. dan hal itu mungkin lebih menyakitkan berbanding mengetahui perkara sebenar.

keempat, tidak mahu memberitahu kerana berasa hal itu harus disimpan sendiri dan khuatir jika sampai memudaratkan perasaan pihak kedua dan meregangkan hubungan. ini akal yang kurang manis. kelihatan terlalu takut kepada kebenaran dan tidak mahu dihampiri sebarang masalah. maka, apakah gunanya pihak kedua? adakah cuma sebagai patung dan harus berkongsi yang baik-baik sahaja?

akhir sekali, perihal langsung menipu itu diambil mungkin kerana terlalu mahu menjaga hubungan dan tidak sanggup menampakkan cela kepada pihak kedua. ini hal yang paling menyakitkan dan tiap kali ia melintasi seperti maut datang menagih nyawa. atas alasan apa sekali pun, penipuan adalah hal yang paling tidak relevan di dalam perhubungan.

sekian.

Wednesday, 6 February 2013

kelapan puluh dan lapan,

menjadi yang tak mampu tenang apabila diacah ligat, tak mampu aman apabila disoal kencang. sekadar menampakkan betapa penipuan itu di luar bidang. 

melarikan mata dari pandangan, menggenggam jam di pergelangan kanan. cukup untuk kelihatan berdalih dalam kegagalan.

maka ambillah kira ini sebagai tanda kejujuran. yang tiada kebenaran kekal diselindung, tiada kenyataan diam berselubung.

Saturday, 2 February 2013

kelapan puluh dan tujuh,

kemas kinilah dompetmu. kosongkan peti masuk juga.

Friday, 1 February 2013

ke lapan puluh dan enam,

dalam dunia aku, ada empat jenis kawan. 

satu, kawan yang atas dasar kenalan. tahu nama, maka kita berkawan. 

dua, kawan yang terlalu sarat menjadi penerima yang aku terkontang kerana memberi tanpa putus. maka aku mati kepenatan kering kekontangan. 

tiga, kawan yang paling selari dengan aku untuk berkerja dan isu penting sahaja. yang peribadi, ada tembok dan dinding pemisah. 

empat yakni akhir sekali, kawan yang telah aku jajah darinya luar dan dalam hingga tiada satu butir juga aku terlepas. yang kita mengenal paling banyak cela berbanding sempurna lalu menerima apa adanya.

untuk setiap satu jenis, aku ada namanya sebagai contoh.tapi, tak apalah. setakat ini saja.

kelapan puluh dan lima,

maka matikanlah saja aku andai di penghidupan dan ingatan ini segalanya membunuh,