Tuesday, 29 January 2013

ke lapan puluh dan tiga,

sebenarnya dah lama aku cuba untuk ketengahkan isu ni. tengah ke? entah, keblogkan ke apa. haha. baiklah, isu ini perihal otak. otak kiri dan kanan.

seperti yang sedia maklum, otak kanan mengawal bahagian kiri badan dan begitulah sebaliknya. otak kiri, *mcm ada dua otak* oklah, otak bahagian kiri tertumpu kepada sesuatu yang sistematik, memahami logik akal dan menyimpan fakta. bahagian kanan pula dikatakan lebih cenderung kepada perihal kreativiti dan imaginasi.

manusia yang kidal selalu dikaitkan dengan penggunaan otak kanan secara maksimum. maka aku cuba untuk mengakui kenyataan ini kerana aku seorang yang kidal, meminati perkara berunsur seni seperti muzik dan bahasa, khususnya puisi.

dari awal pembelajaran di bangku sekolah, aku lebih gemar subjek yang membaca daripada yang berkaitan dengan nombor dan perlu melakukan kira-kira. jadi timbullah persoalan mengapakan aku di Maryam dan mengambil Asasi Ekonomi seperti mana dibilang orang ilmu hisab perlu kuat?

jawapannya, aku bukan nak sambung Perakaunan pun. aku gemar membaca isu-isu Ekonomi dan aku mahu mendalami ilmu ini. maka kerana itulah aku di sini. selesai satu permasalahan.

kedua, Pensyarah Statistik aku mempromosikan kaedah belajar menggunakan peta minda supaya kita dapat ingat lebih banyak pengetahuan. kesulitannya sekarang ialah, aku tidak gemarkan gambar dan warna yang banyak dalam pembelajaran. aku senang dengan menulis nota sendiri dengan sebatang pen satu warna dan nota itu mengandungi ayat lengkap, bukannya kata kunci seperti peta minda. aku kira nota padat lebih memudahkan untuk sesi ulang kaji dan sebagainya.

sekali lagi aku keliru untuk mengklasifikasikan diri sendiri sebagai manusia seni atau pun tidak memandangkan kesulitan ini sering aku alami dalam pembelajaran.

apabila orang sebutkan BOLA, apa yang terlintas dalam fikiran aku ialah;

BOLA

bukan ini;



maka aku berkira-kira, aku hanyalah seorang yang kidal yang sukakan bahasa dan puisi. itu saja. tentang otak kanan kiri serta fungsi dan pengaruhnya tidaklah terjangkau dek akal aku.

terima kasih.


bagaimana?

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: