Thursday, 31 January 2013

ke lapan puluh dan empat,

perihal entri yang lepas, aku rasa aku dah terlalu menggunakan otak kanan untuk perihal seni dan pribadi. maka dalam pembelajaran, hanya otak kiri sahaja yang berfungsi.kahkah!

Tuesday, 29 January 2013

ke lapan puluh dan tiga,

sebenarnya dah lama aku cuba untuk ketengahkan isu ni. tengah ke? entah, keblogkan ke apa. haha. baiklah, isu ini perihal otak. otak kiri dan kanan.

seperti yang sedia maklum, otak kanan mengawal bahagian kiri badan dan begitulah sebaliknya. otak kiri, *mcm ada dua otak* oklah, otak bahagian kiri tertumpu kepada sesuatu yang sistematik, memahami logik akal dan menyimpan fakta. bahagian kanan pula dikatakan lebih cenderung kepada perihal kreativiti dan imaginasi.

manusia yang kidal selalu dikaitkan dengan penggunaan otak kanan secara maksimum. maka aku cuba untuk mengakui kenyataan ini kerana aku seorang yang kidal, meminati perkara berunsur seni seperti muzik dan bahasa, khususnya puisi.

dari awal pembelajaran di bangku sekolah, aku lebih gemar subjek yang membaca daripada yang berkaitan dengan nombor dan perlu melakukan kira-kira. jadi timbullah persoalan mengapakan aku di Maryam dan mengambil Asasi Ekonomi seperti mana dibilang orang ilmu hisab perlu kuat?

jawapannya, aku bukan nak sambung Perakaunan pun. aku gemar membaca isu-isu Ekonomi dan aku mahu mendalami ilmu ini. maka kerana itulah aku di sini. selesai satu permasalahan.

kedua, Pensyarah Statistik aku mempromosikan kaedah belajar menggunakan peta minda supaya kita dapat ingat lebih banyak pengetahuan. kesulitannya sekarang ialah, aku tidak gemarkan gambar dan warna yang banyak dalam pembelajaran. aku senang dengan menulis nota sendiri dengan sebatang pen satu warna dan nota itu mengandungi ayat lengkap, bukannya kata kunci seperti peta minda. aku kira nota padat lebih memudahkan untuk sesi ulang kaji dan sebagainya.

sekali lagi aku keliru untuk mengklasifikasikan diri sendiri sebagai manusia seni atau pun tidak memandangkan kesulitan ini sering aku alami dalam pembelajaran.

apabila orang sebutkan BOLA, apa yang terlintas dalam fikiran aku ialah;

BOLA

bukan ini;



maka aku berkira-kira, aku hanyalah seorang yang kidal yang sukakan bahasa dan puisi. itu saja. tentang otak kanan kiri serta fungsi dan pengaruhnya tidaklah terjangkau dek akal aku.

terima kasih.


bagaimana?

kelapan puluh dan dua,


maka selamatlah dicetak, dijilid dan dipos. semoga yang terbaik saja mendatangi.

Monday, 28 January 2013

kelapan puluh dan satu,

perihal mengenang teman jauh dan mengingati hari ulang tahunnya. tiada kemampuan untuk lebih dari ini. ambillah, dengan ikhlas hati aku beri.

selamat menikmati hari kebesaranmu, 28 Januari 2013. Nur Amalina Mohd Taib, sembilan belas tahun penghidupan.



berbahagialah,

Wednesday, 23 January 2013

kelapan puluh,

kau tahu apa rupa perasaan jatuh cinta?

kepada kasut yang kacak begini,

disarung Bang Nuar yang kacak juga,

maka aku berkejar mencari yang sama kacak ,

seperti ini;



yang kacak,
semoga kau gagah menampungku
setia menemani jejakku
jangan berhenti
selagi aku belum
berhenti.








Monday, 14 January 2013

ketujuh puluh dan sembilan,

hari ke dua belas di Januari tahun ini,
ucap-ucap selamat di alam maya yang memudahkan semua. terima kasih yang amat kepada tiap-tiap pengucapnya.yang langsung menelefon, sungguh aku terharu. terima kasih Anis Farhana, terima kasih Amelia Maisara. aku menghargainya.

dan yang mengkaryakan ulang tahunku,

Amalina Taib, terima kasih.

Sharah Aziz, terima kasih.

Sarah Yahya, terima kasih.

Google, terima kasih.

yang terdahulu sehari awal bersama Lat dua naskhah, terima kasih. ampun, ada yang cela pengakhirannya.

yang menota tinta biru beriring Kitkat, terima kasih.meneman ke pesta Boco, terima kasih. berkongsi wang tambang, belanja makan, borong buku dan baju, terima kasih. sama berlari mengejar tren, terima kasih. semuanya, terima kasih.

apa lagi yang lebih indah di hari besarku selain meraikan diri sendiri,

tshirt Boco, MYR 25
Salleh Ben Joned, MYR 30
Langit Vanilla - Wani Ardy, MYR 18
Seksi Ovari - Fazleena Hishamuddin, MYR 18
Debu-nga - Para Jamaludin, MYR 3

yang sudi berjual beli tshirt sambil tawar-menawar mengukur saiz, terima kasih Along Zunaira. tiga naskhah dari Selut Press, yang dua puluh ringgit diskaun dua ringgit, terima kasih Aloy Paradoks. Debu-nga yang diconteng ucap selamat, terima kasih Para Jamaludin. semuanya, terima kasih.

kenalan baru yang sama berjiwa seni berkongsi minat berhimpun ketemu di Boco di Gravy Baby di Lebai Dolah tak segan silu ajak minum semeja. tanpa tahu nama asal usul di mana, tetap hulur ucap selamat seikhlasnya. semuanya, terima kasih.

sekitar Boco,

antara yang menjadi catalyst  aku ke Boco. Mosyuki Borhan, PencariMu dan Kapal Terbang Kertas terlalu mengusik jiwa. siapa yang tak tersentuh, tipu. selamatlah pemergianmu ke Jedah.

tauke Boco, Wani Ardy terima kasih untuk akalmu kerana acara ini.


tauke Selut Press, Aloy Paradoks.

Orange In The Wood.

Langit Vanilla naskhah terakhir cetakan keempat, harus diconteng penulisnya sedikit. terima kasih, Wani Ardy.

akhir sekali, genapan sembilan belas tahun kehidupan yang paling indah aku jalani. terima kasih Tuhan yang beri nyawa, bonda yang melahirkan, ayah yang membesarkan, dunia yang memeliharakan. semuanya, terima kasih.