Friday, 28 December 2012

ketujuh puluh dan tujuh,

cara yang bagaimana untuk diperihalkan lelaki kedua sebaik-baiknya?

oklah begini ceritanya, aku tak gemar bercinta. tapi tak bermakna tak gemarkan lelaki. pesen crush crush tu adalah jugak dalam seploh *takbo tgk yg hensem, mesti rasa suka* tapi takat tu je lah kesahnya. tambah lagi dgn pesen aku ni, pesen hensem dan kasar lah sebenarnya kalau nak banding dengan perempuan lain. banyak banyak lelaki yang mendekati, semua atas dasar kawan dan dorang sering menyatakan soal selesa sebab aku ni pesen pesen dorang jugak. *halkum je tak cukup besar* 

dan, ada lelaki yang mendekati lebih ke soal hati tu, mula-mula teruja jugak.yelah, tak pernah agaknya jejantan lain tengok aku dari sisi perempuan. *macam tu sekali?* pada masa yang sama, aku nak tunjuk kat orang, sekasar-kasar aku, aku mampu dapatkan lelaki. tapi cepatlah jugak aku sedar dengan niat yang salah tu.em em em,

tapi teruja tu kejap je lah, sekarang dah rasa koman. rasa macam berkawan dengan yang lain. dan aku tak mahu terlalu memberi harapan atau pun komitmen. aku tak nak buat pelaburan yang terlalu tinggi yang nanti kalau ada yang tak baik melintasi, aku jadi kecewa menyesal patah seribu dan sebagainya.

aku anti cintan-cintun.aku sudah dihadamkan dengan usul zina mata,zina hati. antara tazkirah surau sekolah dulu yang paling aku simpan kemas. dan aku jadikan prinsip, takkan sesekali aku langkau.  masa sesi pengakuan perasaan, aku cuma boleh balas dengan rasa penghargaan dan menghormati perasaan yang ada tu. aku pun tak pasti kalau aku rasa yang sama. apa-apa hal pun aku cuba bendung dan kawal, sebolehnya.

hari berganti hari, ada masa aku lupa. tapi pesanan-pesanan ringkas tak pernah silu nak singgah kotak masuk. ada hari yang aku tak berperasaan untuk balas. *pastu yakin oh, ini bukan cinta.kahkah!* 

aku bukan nak buat sesiapa menunggu.aku bukan nak jual mahal. dari mula aku cakap, aku taknak bagi harapan apa-apa pun. kalau betul ada jodoh, maka tak ke mana lah. tak semestinya nak berjodoh tu kena bercinta dulu. payahlah kalau semua macam tu.haih. 

bercinta tu pada aku pelaburan paling berisiko, kita tak nampak hari muka. memang betul belum cuba belum tahu. belum tahu manisnya dan belum tahu sakitnya. aku pilih untuk tak mahu tahu keduanya. serius,

lagian, cukuplah dosa-dosa selain zina hati ni. haih, amal ibadah amal jariah tak cukup lagi nak buat bekal. solat lima waktu tak terjaga dengan mantap lagi. dengan mak ayah pun kadang-kadang derhaka. perihal orang lain pun kita umpat mengata. cukuplah sang Atid lelah mencatit perilaku buruk aku ni.

dan pesan aku ke kamu yang mahu jadi lelaki kedua aku, sabarlah. kalau kau yakin akan jodoh, aku pun tak mampu hindar bila dia betul-betul datang ke kita :)

2 comments:

terima kasih c: