Wednesday, 26 December 2012

ketujuh puluh dan enam,

setelah melawat blog Shrh, aku pun rasa nak simpulkan 2012 sekarang. walau pun hakikatnya ada lagi seminggu. aku syak aku akan kalut bekerja mulai Khamis nanti. maka, marilah kita mencari konklusi.

Januari, 
1 hari bulan, selamat aku berangkat ke Kuala Kangsar demi menyahut seruan menjadi wirawati. sekali lagi, entah di mana-mana ulang tahun aku berlangsung.tapi agak seronok diucap selamat oleh orang-orang baru. menjadi dua balak merangkap ketua kompeni tu aku kira sebagai hadiah hari jadi yang ke 18.

Februari,
masih di Kuala Kangsar, cuma pulang ke rumah pada cuti CNY. oh, dan aku digemparkan dengan gosip Eid nak bertunang tanpa kehadiran aku.tapi, Eid sudi datang melawat dua kali hujung minggu. bawa kek tunang, album gambar dan makan makan. Eid, abang yang paling aku sayang.

Mac,
17 hari bulan semua pelatih berangkat pulang. masa tu aku dah minta tolong Ama belikan tiket kapal terbang, jejak sekolah hari keputusan SPM. dan, 7 A+ , 1  A , 1 A- itu jujur aku cakap terlalu banyak untuk aku. murah benar rezeki tuhan bagi.alhamdulillah. dan Eld pun berjaya membanggakan seluruhnya.aku rasa hicom telah pun menjalankan tugas sebaik mungkin. *bendahari ni tak ada lah menyumbang mana* tapi aku tetap puas hati. itu hasil kerja kita :)

April,
dengan berbekalkan keputusan tadi, maka UPU giat diserbu. memang UIA yang aku kejarkan. punyalah kesah taknak terbang tinggalkan Malaysia. ada biasiswa yang aku mohon tapi sekadar mohon. 

walau pun tak menjadi budak band sampai habis sekolah, aku tetap diterima baik oleh yang lain. kami pakat turun sekolah semata nak tengok band prepare untuk saringan. 

dan yang paling aku tak duga bulan ini, aku disapa orang lama. orang lama, yang rupanya aku ini penunggu dia tiap masa. terima kasih tuhan, buatkan aku lebih yakin kepada kuasa Engkau, takdir dan jodoh.

Mei,
aku lupa apa yang aku buat bulan ni. tapi kebanyakannya aku habiskan dengan bersosial di alam maya, beli barang keperluan kehidupan seterusnya. keputusan UPU keluar, hajat aku termakbul. alhamdulillah, UIA yang aku pilih pun memilih aku. *betul ke tidak tu*

Jun,
3 hari bulan, aku dengan Eid yang memandu kereta kami bergerak ke Kuala Lumpur. terdahulu dari hari ini, macam biasalah ada yang kabut berebut mahu hantar aku. senang cerita, aku pilih untuk sendiri. satu malam tidur di rumah Kak Ida, pagi 4 hari bulan hari pendaftaran Abg Rosli hantar aku ke CFS,PJ. ya, aku sorang di awal pagi. uruskan semua sendiri. anak duda,anak janda, aku pun tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa. tapi, sebagai orang yang hensem, aku pandang ni sebagai berdikari. kamonlah, sudah 18 tahun. lima tahun sebelum itu pun aku sudah hidup menjauh keluarga.

hidup menjadi pelajar asasi Ekonomi & Sains Pengurusan UIA, lemas juga aku sebenarnya. semua baru. tapi syukurnya, ada lagi yang lama. terima kasih Farah dan Kinah yang sudi lagi bergelar teman :)

Julai,
masih meneruskan kehidupan sebagai budak asasi. oh, dalam bulan ni tanpa perancangan awal aku berjaya join bengkel penulisan Fynn Jamal. nun jauh sana Shah Alam aku redah juga. terima kasih kepada yang menyokong, dan tak ragu nak tolong bayarkan yurannya.

Ogos,
bulan paling aku haru. aku fail subjek Matematik. aku pertikai takdir yang bawak aku ke sini. tapi, akhirnya tuhan tunjuk jalan. alhamdulillah :)

oh, ini pertama kali aku solat terawih bawah bulan bintang. dan berbuka hanya di bilik dengan cuma nasi bungkus. *tak mcm kat sekolah dulu byk yang dijamu*

Ramadhan ini antara paling indah, aku jejak selatan sana. ketemu dengan manusia indah ciptaan tuhan. alhamdulillah :)

September,
berusaha menamatkan sem 1 dengan gemilang. berhempas pulas aku bangkit, sakit sikit demi Matematik. terima kasih untuk yang sudi kongsi ilmu. tak rasa rugi nak ajar aku. terima kasih.

Oktober, 
aku jejak Bangsar, Silverfish sana semata ketemu Mosyuki Borhan, Adiwafi,Aloy dan lain-lain. antara hari bahagia dalam hidup aku. mendengarkan secara langsung, kegemaran membacakan puisi. terima kasih kepada yang menemankan hari itu. 

musim konvo, aku berezeki ketemu Para Jamaludin. antara hari bahagia juga. terima kasih tuhan :)

dan, kemuncak sem 1 adalah exam finalnya. aku usaha bersungguh. aku kena berhasil untuk ini. aku hadap kertas dengan tenang, aku puas. 

habis sem, cuti bermula. aku apply volunteer Petrosains. pergi interview dan aku lepas. balik rumah seminggu cuma untuk raya, turun KL balik untuk kerja.

November,
berteduh di Ruqayyah. menonton konsert KAEDLIVE2012. terima kasih kepada yang sudi menemankan. aku mula kerja, enjoy saja.

result final itu hari keluar. Matematik B+, Accounting A. English exempted. Arabic level 2. pointer, 3.65. lebih dari cukup. sekali pun kecewa dengan Arab. aku tetap menjadi yang bersyukur. alhamdulillah,

Disember,
kerja dan kerja.ada hari bersuka ria. hadap saja semua. bulan ini paling berkecamuk agaknya. banyak konflik jiwa. aku cuba rasional untuk segalanya. 

dan mula untuk mengharapkan yang lebih baik lebih indah dan lebih gemilang pada 2013. insyaAllah.



No comments:

Post a Comment

terima kasih c: