Saturday, 29 December 2012

ketujuh puluh dan lapan,

sebagai manusia, takkan pernah aku lari dari perasaan ingin memiliki. 
kalau tiada siapa mahu jadi pemberi pun, aku doa biar berezeki.
pergi kedai,beli sendiri.
InsyaAllah.

memandangkan aku mencintai tulisan dan masa kedua-duanya dengan cara yang sama,
aku pun tak tahu mana satu harus dinomborkan yang pertama.
kahkah!
punyalah dilema buah delima.
tak payah bernomborlah, senang cerita.

sejujurnya,aku mahu melengkapkan siri Lat, Kampung Boy tu. aku nak semua, takboleh tak cukup satu pun. buat cerita malam-malam sebelum tidur.

selainnya, apa lagi masa kalau bukan jam. jam apa pun, aku suka.serius,

earphone rosak.mohon dapatkan satu untuk menjadi pelengkap mp4 baru.

ah,yang paling aku mahu.aku mahu join mana mana bengkel penulisan lagi. aku nak pegi semua event- event yang ada. aku nak jumpa semua penulis yang aku suka.aku nak beli buku-buku dorang.

aku juga harap, aku tak jemu menulis,tak kering idea menulis.tak pernah luak kata-kata untuk dicurah. mohon langkah pertama dengan Senorita Zine jadi asas aku untuk lebih mendekati dunia penulisan. mana tahu, Aloy sudi lamar aku.bukan buat bini, tapi terbitkan karya aku.harap-haraplah.

dan permintaan abstrak tidak konkrit, aku harap aku gemilang dalam pelajaran, Allah mudahkan jalan. semua, untuk semuanya.

akhir sekali, semoga perempuan-perempuan kesayanganku senantiasa bahagia.

Friday, 28 December 2012

ketujuh puluh dan tujuh,

cara yang bagaimana untuk diperihalkan lelaki kedua sebaik-baiknya?

oklah begini ceritanya, aku tak gemar bercinta. tapi tak bermakna tak gemarkan lelaki. pesen crush crush tu adalah jugak dalam seploh *takbo tgk yg hensem, mesti rasa suka* tapi takat tu je lah kesahnya. tambah lagi dgn pesen aku ni, pesen hensem dan kasar lah sebenarnya kalau nak banding dengan perempuan lain. banyak banyak lelaki yang mendekati, semua atas dasar kawan dan dorang sering menyatakan soal selesa sebab aku ni pesen pesen dorang jugak. *halkum je tak cukup besar* 

dan, ada lelaki yang mendekati lebih ke soal hati tu, mula-mula teruja jugak.yelah, tak pernah agaknya jejantan lain tengok aku dari sisi perempuan. *macam tu sekali?* pada masa yang sama, aku nak tunjuk kat orang, sekasar-kasar aku, aku mampu dapatkan lelaki. tapi cepatlah jugak aku sedar dengan niat yang salah tu.em em em,

tapi teruja tu kejap je lah, sekarang dah rasa koman. rasa macam berkawan dengan yang lain. dan aku tak mahu terlalu memberi harapan atau pun komitmen. aku tak nak buat pelaburan yang terlalu tinggi yang nanti kalau ada yang tak baik melintasi, aku jadi kecewa menyesal patah seribu dan sebagainya.

aku anti cintan-cintun.aku sudah dihadamkan dengan usul zina mata,zina hati. antara tazkirah surau sekolah dulu yang paling aku simpan kemas. dan aku jadikan prinsip, takkan sesekali aku langkau.  masa sesi pengakuan perasaan, aku cuma boleh balas dengan rasa penghargaan dan menghormati perasaan yang ada tu. aku pun tak pasti kalau aku rasa yang sama. apa-apa hal pun aku cuba bendung dan kawal, sebolehnya.

hari berganti hari, ada masa aku lupa. tapi pesanan-pesanan ringkas tak pernah silu nak singgah kotak masuk. ada hari yang aku tak berperasaan untuk balas. *pastu yakin oh, ini bukan cinta.kahkah!* 

aku bukan nak buat sesiapa menunggu.aku bukan nak jual mahal. dari mula aku cakap, aku taknak bagi harapan apa-apa pun. kalau betul ada jodoh, maka tak ke mana lah. tak semestinya nak berjodoh tu kena bercinta dulu. payahlah kalau semua macam tu.haih. 

bercinta tu pada aku pelaburan paling berisiko, kita tak nampak hari muka. memang betul belum cuba belum tahu. belum tahu manisnya dan belum tahu sakitnya. aku pilih untuk tak mahu tahu keduanya. serius,

lagian, cukuplah dosa-dosa selain zina hati ni. haih, amal ibadah amal jariah tak cukup lagi nak buat bekal. solat lima waktu tak terjaga dengan mantap lagi. dengan mak ayah pun kadang-kadang derhaka. perihal orang lain pun kita umpat mengata. cukuplah sang Atid lelah mencatit perilaku buruk aku ni.

dan pesan aku ke kamu yang mahu jadi lelaki kedua aku, sabarlah. kalau kau yakin akan jodoh, aku pun tak mampu hindar bila dia betul-betul datang ke kita :)

Wednesday, 26 December 2012

ketujuh puluh dan enam,

setelah melawat blog Shrh, aku pun rasa nak simpulkan 2012 sekarang. walau pun hakikatnya ada lagi seminggu. aku syak aku akan kalut bekerja mulai Khamis nanti. maka, marilah kita mencari konklusi.

Januari, 
1 hari bulan, selamat aku berangkat ke Kuala Kangsar demi menyahut seruan menjadi wirawati. sekali lagi, entah di mana-mana ulang tahun aku berlangsung.tapi agak seronok diucap selamat oleh orang-orang baru. menjadi dua balak merangkap ketua kompeni tu aku kira sebagai hadiah hari jadi yang ke 18.

Februari,
masih di Kuala Kangsar, cuma pulang ke rumah pada cuti CNY. oh, dan aku digemparkan dengan gosip Eid nak bertunang tanpa kehadiran aku.tapi, Eid sudi datang melawat dua kali hujung minggu. bawa kek tunang, album gambar dan makan makan. Eid, abang yang paling aku sayang.

Mac,
17 hari bulan semua pelatih berangkat pulang. masa tu aku dah minta tolong Ama belikan tiket kapal terbang, jejak sekolah hari keputusan SPM. dan, 7 A+ , 1  A , 1 A- itu jujur aku cakap terlalu banyak untuk aku. murah benar rezeki tuhan bagi.alhamdulillah. dan Eld pun berjaya membanggakan seluruhnya.aku rasa hicom telah pun menjalankan tugas sebaik mungkin. *bendahari ni tak ada lah menyumbang mana* tapi aku tetap puas hati. itu hasil kerja kita :)

April,
dengan berbekalkan keputusan tadi, maka UPU giat diserbu. memang UIA yang aku kejarkan. punyalah kesah taknak terbang tinggalkan Malaysia. ada biasiswa yang aku mohon tapi sekadar mohon. 

walau pun tak menjadi budak band sampai habis sekolah, aku tetap diterima baik oleh yang lain. kami pakat turun sekolah semata nak tengok band prepare untuk saringan. 

dan yang paling aku tak duga bulan ini, aku disapa orang lama. orang lama, yang rupanya aku ini penunggu dia tiap masa. terima kasih tuhan, buatkan aku lebih yakin kepada kuasa Engkau, takdir dan jodoh.

Mei,
aku lupa apa yang aku buat bulan ni. tapi kebanyakannya aku habiskan dengan bersosial di alam maya, beli barang keperluan kehidupan seterusnya. keputusan UPU keluar, hajat aku termakbul. alhamdulillah, UIA yang aku pilih pun memilih aku. *betul ke tidak tu*

Jun,
3 hari bulan, aku dengan Eid yang memandu kereta kami bergerak ke Kuala Lumpur. terdahulu dari hari ini, macam biasalah ada yang kabut berebut mahu hantar aku. senang cerita, aku pilih untuk sendiri. satu malam tidur di rumah Kak Ida, pagi 4 hari bulan hari pendaftaran Abg Rosli hantar aku ke CFS,PJ. ya, aku sorang di awal pagi. uruskan semua sendiri. anak duda,anak janda, aku pun tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa. tapi, sebagai orang yang hensem, aku pandang ni sebagai berdikari. kamonlah, sudah 18 tahun. lima tahun sebelum itu pun aku sudah hidup menjauh keluarga.

hidup menjadi pelajar asasi Ekonomi & Sains Pengurusan UIA, lemas juga aku sebenarnya. semua baru. tapi syukurnya, ada lagi yang lama. terima kasih Farah dan Kinah yang sudi lagi bergelar teman :)

Julai,
masih meneruskan kehidupan sebagai budak asasi. oh, dalam bulan ni tanpa perancangan awal aku berjaya join bengkel penulisan Fynn Jamal. nun jauh sana Shah Alam aku redah juga. terima kasih kepada yang menyokong, dan tak ragu nak tolong bayarkan yurannya.

Ogos,
bulan paling aku haru. aku fail subjek Matematik. aku pertikai takdir yang bawak aku ke sini. tapi, akhirnya tuhan tunjuk jalan. alhamdulillah :)

oh, ini pertama kali aku solat terawih bawah bulan bintang. dan berbuka hanya di bilik dengan cuma nasi bungkus. *tak mcm kat sekolah dulu byk yang dijamu*

Ramadhan ini antara paling indah, aku jejak selatan sana. ketemu dengan manusia indah ciptaan tuhan. alhamdulillah :)

September,
berusaha menamatkan sem 1 dengan gemilang. berhempas pulas aku bangkit, sakit sikit demi Matematik. terima kasih untuk yang sudi kongsi ilmu. tak rasa rugi nak ajar aku. terima kasih.

Oktober, 
aku jejak Bangsar, Silverfish sana semata ketemu Mosyuki Borhan, Adiwafi,Aloy dan lain-lain. antara hari bahagia dalam hidup aku. mendengarkan secara langsung, kegemaran membacakan puisi. terima kasih kepada yang menemankan hari itu. 

musim konvo, aku berezeki ketemu Para Jamaludin. antara hari bahagia juga. terima kasih tuhan :)

dan, kemuncak sem 1 adalah exam finalnya. aku usaha bersungguh. aku kena berhasil untuk ini. aku hadap kertas dengan tenang, aku puas. 

habis sem, cuti bermula. aku apply volunteer Petrosains. pergi interview dan aku lepas. balik rumah seminggu cuma untuk raya, turun KL balik untuk kerja.

November,
berteduh di Ruqayyah. menonton konsert KAEDLIVE2012. terima kasih kepada yang sudi menemankan. aku mula kerja, enjoy saja.

result final itu hari keluar. Matematik B+, Accounting A. English exempted. Arabic level 2. pointer, 3.65. lebih dari cukup. sekali pun kecewa dengan Arab. aku tetap menjadi yang bersyukur. alhamdulillah,

Disember,
kerja dan kerja.ada hari bersuka ria. hadap saja semua. bulan ini paling berkecamuk agaknya. banyak konflik jiwa. aku cuba rasional untuk segalanya. 

dan mula untuk mengharapkan yang lebih baik lebih indah dan lebih gemilang pada 2013. insyaAllah.



Friday, 21 December 2012

ketujuh puluh dan lima,

selalunya bila bakal ulang tahun, 
aku gemar usulkan hadiah idaman. 
dan untuk yang seterusnya, 
yang ke belasan terakhir umurku, 
apakah lagi yang mampu aku mahukan 
apa lagi yang boleh aku angankan.
apa bisa aku minta perihal yang paling jauh; masa lalu.
atau harapkan yang paling dekat;mati.
aku pintakan takdir itu dapat aku jelingkan
biar rahsia hadapan telah pun aku intaikan
biar aku terus bersedia menuruti kehidupan.