Wednesday, 21 November 2012

ketujuh puluh dan empat,

lamanya tak taip kat sini. lama sangat. rasa macam sudah tidak memerlukan Blog. yang pribadi, tinggallah pribadi. tetap pribadi.

ok. perasaan sekarang bercampur. harus bahagia dan harus ada yang pahit sikit. satu sem selesai asasi, result pun rezeki murah. alhamdulillah. Arab, belakang kiralah. malas nak cerita. 

Petrosains, seronok tak payah cakap. persekitaran berilmu. siapa pun tak suka. tapi kalau macam ada perpustakaan mini situ, mesti lagi seronok.tak buat kerja lah aku satgi.kahkah! tambang ulang alik sehari MYR 6.20 iaitu seringgit Bas Rapid dan dua ringgit seposen LRT tiapnya sehala. tak campur makan lagi.aih, hari hari cekau nasi. gaya macam jadi tauke,padahal sukarelawan saja. tapelah. pengalaman baru nak hidup.

perancangan cuti ni kekonon nak luangkan masa dengan perkara berfaedah. kerja tu dah satu hal. lagi satu, cita-cita untuk berkunjung ke semua event yang ada. gitulah kalau dah taksub. ah, apa apa pun aku tetap nak cari,beli dan baca buku yang sedap banyak banyak. itu je pun yang buat aku bahagia. tak lebih aku mintak. seronoknya kalau ada banyak buku sedap, baca ulang kali. 

menulis? em. tak laju mana perkembangannya. tak tahu jugak kenapa. malas agaknya. haha. malas adalah perkara biasa. teringin jugak nak melahirkan Borak Asmara. kalau ada rezeki,