Thursday, 13 September 2012

ketujuh puluh dan dua,

(i)
Selepas semuanya, Sarah tetap kawan dan aku harus menjadi yang kuat untuknya.Perit, pahit sedikit masih boleh ditolak ke tepi.

(ii)
C itu cukup hebat untuk aku yang tidak suka mengira. Jangan minta lebih, bila yang kau beri cuma secebis. Tuhan tidak pernah berkira dan untuk itu, jadilah yang selayaknya untuk merasa nikmatNya.

Monday, 3 September 2012

ketujuh puluh dan satu,


antara kemanisan kegagalan.

Saturday, 1 September 2012

ketujuh puluh,

rahsia bulan kelahiran oleh Dr.Fadzilah Kamsah. marilah cuba mengkaji.

1) Bercita-cita tinggi,orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
cecita tinggi tu betul dah tu.serius? emosi mungkin lebih tepat.haha. ya, memang aku suka pun bagi didikan kat sesiapa.dididik,haruslah.namanya juga pelajar.tak gitu, Senah?

2) Sangat mudah melihat kelemahan orang lain dan mengkritik.
belum tentu kelemahan semata. kelebihan pun boleh jadi. apa salahnya kritikan membina, untuk muhasabah diri juga.

3) Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
rajin bila di minit terakhir.haha.biasalah. hero selalunya kaku di awal cerita, agak agak dah nak penghujung tu baru watak berkesan. keuntungan macam mana eh ni. bole diaplikasi dalam agenda tidur tak.haha

4) Suka pada kecantikan,kekemasan dan teratur.
seratus peratus betul. memang aku pantang semak mensampah ni. tapi ada masa, selerak aku selerak yang hensem.masih boleh mencari mana letaknya harta benda.

5) Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
haa, memang naga sensitip orangnya. berfikir mendalam barangkali betul. berfikir panjang tak sama kan? haha.

6) Pandai mengambil hati orang lain.
ya, terlalu hebat mengambil hati orang, terlalu asyik menjagakan hati orang sampai hati sendiri terlanyakkan.

7) Pendiam kecuali setelah diransang.
ransangan macam mana pun yang doktor cuba maksudkan ni.haha. tapi betul lah tu. siapa pandai masuk jarum, memang tak jumpa butang henti suara aku.

8) Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
pemalu sangat. tak kena tempat pulak tu.eloklah.HAHA. daya tumpuan tu apa eh? tinggi tu betul. 174cm.

9) Mudah mendisiplinkan diri.
boleh tahanlah. saya kacak, mutu keunggulan. haruslah berdisiplin.

10) Badannya sihat,mudah diserang selsema.
memang sihat.dah ada gaya lembu susu. raya korban satgi ready nak kena tumbang.haha. selsema? doktor, saya ada resdunglah.

11) Bersikap romantik tetapi susah memperlihatkannya.
saya memang romantik.tapi haruslah merujuk no.8 tadi iaitu pemalu. jadi,haruslah susah untuk menzahirkan keromantikan yang ada.haha

12) Cukup sayang pada kanak-kanak.
hampir. melainkan yang buas, taktahan melayan.

13) Suka duduk di rumah.
tepat sekali. saya tidak suka bersesak,berpusu di keramaian. rumah sesiapa sahaja pun boleh.hehe

14) Setia pada segala-galanya.
kita bole ambil contoh menu harian. tiap hari makan yang sama, tidak kenal apa itu jemu. dalam erti kata lain, ya saya seorang pensetia yang tegar.

maka itulah sedikit sebanyak rahsia bulan kelahiran Dr.Fadzilah Kamsah. macam semua betul, haha. terima sajalah.