Wednesday, 29 August 2012

keenam puluh dan sembilan,

ditinggalkan itu lebih sakit berbanding gagal kertas ilmu hisab,

sekali pun benar aku ingin ditinggalkan, ucaplah sapaan pamitan walaupun sepatah cuma. dan tinggalkanlah aku seperti lima tahun dahulu, ditinggal bersama semangat dan harapan. bukan begini, ditinggalkan dengan jutaan sakitan.
jujur,aku bisa mati.

Sunday, 19 August 2012

keenam puluh dan lapan.

1 Syawal 1433 H, lagi raya yang sama tanpa sebarang perbezaan. lelaki lelakinya selamat berangkat dengan motokar masing masing. mereka sembahnyang raya di kampung. gua dengan akak bertandang ke surau sebelah rumah sahaja.usai bersujud, gua haruslah bersantap.penat mak gua masak. gua biasa biasa saja ini hari kerana tidak punya baju raya. rumah gua terbuka untuk semua. tiada siapa gua halau jika ada yang datang. selamatlah;

Lot 596, Sri Aman Dalam,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim.

Monday, 13 August 2012

keenam puluh dan tujuh,


alfatihahnya sahaja sudah meruntun jiwa
nenda ini siapa ya sebenarnya
jelmaan pepari tuhan atau bagaimana
ah, kali ini bersoal tanpa jawabnya

Saturday, 4 August 2012

keenam puluh dan enam,

katanya
yang tiada suka mahu merubah itu
nama lainnya juga setia
tambah lagi tidak mengenal erti jemu

aku pandang cermin
aku tanya ke mata
sebegitukah aku?
atau aku hanya yang malas merubah,
cuma tidak tahu apa itu jemu,
dan setia dibenak tidak pernah terlintas?
kerana
ada kalanya aku juga lelah dan bosan
mungkin juga terkadangnya curang

ah
pecahkan saja cermin itu
aku tahu dia menipu
apa yang ada pada mataku
siapa pun yang tahu
barangkali tidak selari dengan yang di hati

biarkan saja tinggal tanya
matilah untuk detik ini,
seketika cuma.

keenam puluh dan lima,

ini malam pekat dan gelap pagi
berzomba saja aku sendiri
siangnya dan malam sebelum itu
telah aku lunaskan lena disisinya


tidak aku kira sudah hari ke berapa
MP3 mati terputus nyawa lagi tidak berjasa
langsung terbantut segala urusan menapis
sore yang mana pun Borak Asmara akan lahir?
haih.

keenam puluh dan empat,

ku bilang jemari kaki kaku
ah beberapa purnama berlalu
belum ada lagi aiskrim aku hidu


notakaki; bila pun mahu godeh tupperware Walls sorang diri lagi?

keenam puluh dan tiga,

di saatnya ku ingin ia putus
adaMu menghulur penghenti
dan kini di saatnya ku mahu terus
Kau juga beri tanda mati


ah.kenapa,ya Tuhan?