Monday, 23 July 2012

keenam puluh dan dua,

ya benar, jenuh menjadi yang dikenali
apa disarung menjadi isu sari
dikecam hebat ke sana ke mari
come on lah, aku bukan telanjang malam tadi
kau bicara kata aurat
di mana aku juga tahu itu
aku juga diasuh begitu
tiada apa yang cela pada aku
ibu jari dan telunjukku juga
mampu menuding mereka 
yang sama ketidaksempurnaannya
jangan kerana keluarbiasaan 
belum pernah dibuat orang
terus aku si pemula
ditentang sebegini rupa
apa pun sekali
aku masih si penelan teguran
patah balik ulang semula 
salahnya di tangan aku
selebihnya, terima sajalah.


p/s; terima kasih untuk kritikan membina.

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: