Monday, 23 July 2012

keenam puluh dan dua,

ya benar, jenuh menjadi yang dikenali
apa disarung menjadi isu sari
dikecam hebat ke sana ke mari
come on lah, aku bukan telanjang malam tadi
kau bicara kata aurat
di mana aku juga tahu itu
aku juga diasuh begitu
tiada apa yang cela pada aku
ibu jari dan telunjukku juga
mampu menuding mereka 
yang sama ketidaksempurnaannya
jangan kerana keluarbiasaan 
belum pernah dibuat orang
terus aku si pemula
ditentang sebegini rupa
apa pun sekali
aku masih si penelan teguran
patah balik ulang semula 
salahnya di tangan aku
selebihnya, terima sajalah.


p/s; terima kasih untuk kritikan membina.

Wednesday, 18 July 2012

keenam puluh dan satu,


1.

2.

bagai bulan jatuh ke riba
rezeki murah ternyata
terima kasih wahai cahaya
terdahulunya engkau sebelum dia
tertunai hajat di jiwa

Friday, 13 July 2012

keenam puluh,

alhamdulillah, lagi hari masih bernyawa. masuk hari ini, dah satu bulan tiga hari bermastautin di gombak. banyak suka, banyak juga harunya. matanglah wahai diri dengan penuh tenang. entah apa esok lusa mendatang. kerja tuhan, siapa tahu.


mati.
bukan mudah, tapi pasti.dan kepada yang telah pergi, tetaplah aman bersemadi. dan yang masih berlegar di bumi, carilah cahaya iman di hati.biar tiba giliran nanti, bersedialah dan


mati.



Wednesday, 11 July 2012

kelima puluh dan sembilan,

Tidur.
Terbiasa dengan wangi tubuhmu
Terbiasa dengan deras nafasmu
Terbiasa dengan bisikan suaramu
Terbiasa dengan dingin dakapanmu
Terbiasa dengan manis kucupanmu
Terbiasa dengan limpah kasihmu

Saat ini tanpa itu,tak bisa lagi aku lena.

kelima puluh dan lapan,

Z's energy, solo menjadi

kelima puluh dan tujuh,

nampak tak siapa yang bodoh sekarang ni -.-