Thursday, 10 May 2012

ketiga puluh dan lima,

bila dinyatakan masa itu lebih laju berbanding cahaya terus aku dikecam pengamal fizik. penyataan sungguh tidak logik katanya. terus harus bagaimana aku menyatakan ketidakpercayaan aku kepada kalendar terkini. hari ini sahaja sudah menunjukkan sepuluh hari di bulan ke lima tahun semasa.ya tuhan, rasa macam baru semalam mengenal ABC dua puluh empat abjad dan sekarang, hampir bermula langkah baru untuk aku mencipta yang kedua puluh lima selepas Z. tinggal beberapa hirupan udara di 596, sekali lagi aku angkat kaki pergi ke bumi sendiri.ah, sedang kacang hijau bercambah menjadi taugeh inikan pula manusia di dunia nyata. siapa tidak rindukan sekolah *muda by hujan #kiniputaran* sekali pun lempangan warden tertepek di pipi kiri. rindu, rasa macam baru semalam aku dengar perkataan college sister yang kemudiannya diterjemahkan kepada suatu nama; Nabilah Farhanah. rasa macam baru semalam aku dengar perkataan SA yang juga kemudiannya dizahirkan dengan nama Nazrin Hadia.


mengamati kegelapan sejenak,


apa lagi yang akan ku dengar nanti,apa lagi yang akan ku lihat? masihkan nama yang sama pada wajah yang sama dengan cahaya yang sama? 


siapa tahu rencana tuhan. senda tawa gurauan canda hari ini boleh jadi kenyataan semata di esok hari. fikir bila perlu. selebihnya, biarkan takdir membawa arus.


esok masih ada,


notakaki;watak cerita cuma sebutan.tiada kena mengena dengan mana mana sensitiviti emosi

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: