Wednesday, 2 May 2012

ketiga puluh dan dua,

ibu,
lapan belas tahun lalu
terlahir aku melihat dunia
tiada dalam ingatan di awal usia
namun kini yang tidak ku lupa
di umur empat
cuma aku dan ibu
ke sana ke sini
ya,hanya aku dan ibu
ke pantai kita
ke taman kita
duniaku cuma ibu


di umur tujuh di umur lapan
sana sini ku dengar cacian
semuanya untuk ibu
kenapa begitu
aku bingung
lot 596 cuma dipenuhi zikir carutan
ku pandang abah,ku pandang ibu
tidakkah disedari kewujudanku
terus lagi aku bingung


menangisku dalam diam
tiada hujah mahu dilontar
sekadar mengikuti drama mereka
benci ku membuak
jauh,aku ingin jauh dari sini
biar tanpa abah, biar tanpa ibu
jauh ku ingin dari zikir carutan itu


duniaku tiada lagi ibu
bila ku pilih untuk jauh
tiada lagi ke pantai kita
tiada lagi ke taman kita
aku dengan aku
ibu dengan ibu


mereka kata ibu tidak siuman
lalu harus bagaimana ku nyatakan
dia ibu yang hampir sempurna
terus mengapa dikecam gila
ingin ku khabar pada dunia
tapi apa aku punya daya


aku dan ibu kian jauh
aku yakin
bukan kehidupan ini
yang ibu mahu beri kepadaku
namun untuk suatu detik bernama takdir
aku redha
kerana engkau ibuku
satu-satunya ibuku




jujur ku bilang
ibu,sungguh ku sayang
namun kejauhan menghadang
malu tiba bila berdamping


ku mohon pada ar-rahim
panjangkan umur ibu
ampunkan dosa ibu
peliharanya daripada marabahaya
permudahkan urusannya
sampai masa
tempatkannya di syurga







No comments:

Post a Comment

terima kasih c: