Monday, 2 April 2012

kesembilan,

ya, hujan renyai di sini. hamis bau yang aku rindu.sama macam di seri puteri dahulu. rindu, sungguh aku rindu kehidupan itu. hujan ini mengingatkan aku kepada seorang teman. teman yang sudah lama aku kenal tapi ya sekepalanya sedikit lambat. hampir kepada spm, baru kami rapat. benar kata orang, yang berharga itu tak selalu muncul.jika tiba pun cuma sedetik waktu. tapi tak mengapa, sekejap itu mengajar aku erti bersyukur. punya teman sehebat dia, fats.


fats, satu nama yang aku cipta untuknya.patty pada umunya.ya, aku ingat dulu bila kami hipertansi memikirkan keputusan peperiksaan percubaan. tambah lagi addmaths. bagai nak gila waktu itu. terus jadual disusun, masa diagihkan seadilnya untuk setiap subjek. semangat baru datang. seperti mahu membalas dendam dengan gred yang tidak disenangi. 


dimulakan dengan pagi, bangun dari katil bertilam empuk dibaluti bedspread biru sapphire seawal yang termampu.ya, yang termampu. terus mandi dan bergegas ke surau untuk menunaikan subuh. terus ke dewan makan untuk menikmati sarapan pagi.roll call, terus ke surau. dalam kelas mengamalkan prinsip untuk tidak tidur. membuat diskusi itu dan ini dengan tekun. kadang kadang ada masa menconteng kata kata semangat di sticky note lalu ditepek di meja. habis P&P, punya awal menuju ke dewan makan. biasalah. dah penat belajar, mana nak tahan beratur panjang. makan, dan makan dengan pelahap.rindu,


terus naik ke surau untuk zohor. paling tidak pulang ke dorm untuk mandi dan tukar baju kurung. terus ke kelas atau mencari tempat lebih aman untuk menjalani prep petang. kadang kadang, bila sudah tepu otak mulalah idea nak ke koperasi, ke cyber kiosk. pastu kerja smua tak jalan. tadah perut lagi di dewan mkn untuk minum petang. sungguh, dm punya banyak kenangan. terus naik ke surau untuk asar. buku masih lagi dibuka. bertanyakan itu dan ini. seolah olah tidak belajar satu apa dan spm nun masih jauh di sana.gila. ya, memang gila.


selesai makan malam, terus ke surau untuk maghrib, solat hajat, bacaan quran,yasin.wirid menenangkan jiwa dan terus isyak. ah, rindunya surau seri puteri. paling aman untuk beribadah. ya, bila hujung minggu, suraulah yang kami kunjungi.seharian aman untuk menelaah. prep malam di kelas atau starbucks menjadi pilihan bila suasana kelas tidak memuaskan.oh, ada ketika fats sibuk dengan kelas addmathsnya bersama abang raja. ya, abang raja. habes prep, lalu DM kalau sempat take away supper wajiblah kami rembat.haha.


sampai dorm, settle down dan almulk. terus berkunjung ke prefects room topaz atau pun pantry emerald. ya, sambung lagi ulang kaji. 12.30 malam sudah wajib tidur untuk bersiap keesokan hari. yana jarang ada di katil.selalu ke ixora dengan tara. katil yana menjadi katil fats untuk seketika.


begitulah seharian. kami berusaha.bergelak ketawa.aku masih ingat kejadian handphone durjana.ah, tak mungkin lupa. 


fats, kau kawan susah senang. biar pun seketika. semoga kejayaan ini berterusan, sampai syurga. jaga diri di penang ya.


lemak yang paling aku sayang c:

notakaki; aku terbayang kau menari MSK.haha,si bulat

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: