Saturday, 28 April 2012

ketiga puluh,

jong, saya tahu awak kuat. bertahanlah. rong kan ada c:

Wednesday, 25 April 2012

kedua puluh dan sembilan,

dengan iman
menangislah pada tuhan
itu lebih meyakinkan

Tuesday, 24 April 2012

kedua puluh dan lapan,

lalu ku kembali ke hidup yang dahulu
yang sendiri aku
cuma aku dan bahasaku
bisu
tiada tempat mengadu


notakaki; kenapa ada derita bila bahagia tercipta,mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan?

kedua puluh dan tujuh,

pada bahasa punya jiwa.
ya, barangkali berbeza bagi tiap pengucapnya.
namun itu kepercayaanku. 
bahasa adalah jiwa, jiwa adalah bahasa. 
mereka adalah satu untuk setiap satunya. 
pada bahasa perasaan dicerminkan, 
pada bahasa hidup terlandas.
terus, bukankah itu jiwa? 


*diam.


ah, barangkali juga jiwa itu disalah ertinya
pada aku
jiwa punya jutaan nyawa
bagai pelagak menukar topeng
sekejap berwajah ungu
lain hari mungkin kelabu


keagungan jiwa menjadi nafas bahasa
hidup,seakan manusia
ya benar.aku yakin itu
namun semua harus tahu
di sebalik jiwa dan bahasa
iman itu pelengkapnya
iman itu asasnya


menulis melulu bahasa dan jiwa tanpa asas,
kurang garam gulanya.
terus, apa lagi ditunggu
usah diatur
biar iman yang memandu
memimpin bahasamu,jiwamu
tanpa ragu,
menari laju jarimu
menulis dan menulis
bahasa dan jiwa yang sesungguhnya satu.


kedua puluh dan enam,

(ii)
terlanjur bicara itu
dalam diam punya sembilu
terus aku kaku
amarah pada lidah yang satu
sesal menyesal, buntu, bisu
lalu ku tiup pada bayu
sampaikan laguku
lagu sesalku
untukmu
cahayaku


(iii)
kerana kau cahaya
punya kehangatan yang nyata
sekali pun tercalit cela
kau masih cahaya
tetap cahaya
sungguh,kau cahaya
cahayaku satu satunya
dari tahun berlari lima
hingga laju berjuta


(iv)
teruslah kau cahaya
bercahaya dengan indahnya
bercahaya dengan sucinya
bercahaya dengan jujurnya
bercahayalah wahai cahaya
biar malap,gelap lupa ertinya
yang tinggal cuma
engkau,cahaya



Monday, 23 April 2012

kedua puluh dan lima,

"ketika lembayung ultra ungu melabuhkan tirai di bawah kaki langit kirmizi,"

ya, mukadimmah saya untuk setiap kata baru.

kedua puluh dan empat,

seharusnya mereka bikin satu kata baru
yang benar benar mampu menjelaskan apa yang aku rasakan ini
satu kata dia atas kata 'sayang'
satu kata di atas kata 'rindu'
satu kata yang ertinya lebih
dari semua kata yang pernah ada
kerana kata 'sayang' 
tak cukup mewakili apa yang aku rasakan sekarang


notakakilagi; permintaan hati

kedua puluh dan tiga,

ku berjalan terus tanpa henti
dan dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang ku rindukan
memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi


notakaki; jangan lupakan

Sunday, 22 April 2012

kedua puluh dan dua,

bisikku pada bulan
kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku
tanpa dia
malam menemaniku
sepi memelukku
bulan jangan biar siang
biar alam ini kelam
sepi 
sepertiku


notakaki; sepi

kedua puluh dan satu,

ku tahu angin cemburu
lalu dibawa manis berlalu
wangi pun menyusul tanpa ragu


ya al azim,


jika ku mampu 
lalu ku hentikan waktu
biar bumi tahu menunggu
detik perlu
denganmu
cahayaku


notakaki; gelap ku takuti, mohon cahaya menerangi


Thursday, 19 April 2012

kedua puluh,

tak sabar aku tunggu
cuak aku malu
bimbang nanti bisu
tapi jujur,aku terharu

kesembilan belas,

S.A bunyi sa.


kau mentari
pada wajah punya cahaya berseri
membakar semangat hati
kau bulan
pada wajah punya cahaya mampan
menerangi harapan kegelapan
kau bintang
pada wajah punya cahaya terang
takkan hilang sekali pun siang
pabila nanti mentari luluh
bulan lalu keruh
bintang pun rapuh
namun tetaplah kau utuh
gagah terus menyuluh
sampai jiwa ku tersepuh

kelapan belas,

siapa sangka kuasa tuhan
muncul lagi suatu harapan
yang dulu ku simpan
kini bertahta mampan
teratur di jalanan
teguh bertahan


dan
tetaplah bertahan
untuk aku kesekian


notakaki; ya, saya pandai memilih

Wednesday, 18 April 2012

ketujuh belas,


Kau mencintaiku 
Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa
Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga
Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala

p/s;ketika cinta bertasbih c:

keenam belas,


saya tak cukup penyabar untuk menjadi seorang akauntan.

p/s;okay tu alasan paling kukuh.
kan?

Tuesday, 17 April 2012

kelima belas,

ya, niat kena bersih. apa apa pun  dipilih, insyaAllah ada kemudahannya suatu hari nanti. saya redha c:

Tuesday, 10 April 2012

keempat belas,


serius terkejut malam tadi. pastu thrill, pastu baca banyak banyak kali. ye lah, mana tahu kot tengah mimpi. HAHA. kak nazreen hadia zakaria, thanks for your prayers and wishes. alhamdulillah. seronok borak. serius, lama tak borak.last jumpa masa kat picc 2009 dulu. tu pun tak sempat bcakap. rushing. dan sekarang ya, kenalah qada yang lima tahun punya kan.haha.okay lawak bila ingat balik. apa pun,terima kasih c:




rindu zaman form one dulu,HAHA

saya seorang pengSA yang tegar.HAHA

SA SA SA lagi,haha

yes, five years have gone and i dont even have your number -__-

notakaki;terima kasih posmen dulu dulu.HAHA









ketiga belas,

aku menangis kerana faai dan audi.terima kasih kerana dulu banyak mengisi waktu bersama. sayang jacaranda <3

Monday, 9 April 2012

kedua belas,

ada budak dulu bau dominos,


sekarang tidak lagi c:

notakaki; nah ni baru betul gambar curi -__-"

kesebelas,

hati aku terpanggil untuk menaip cerita ini. cerita tentang dia. dia teman nun jauh di sana. aku selalu mengharapkan untuk menjadi ar-rafiq untuknya; sang ketua yang adil tanpa ragu dan jemu menabur bakti memerintah memelihara memimpin sekolah. *ayat majmuk.HAHA. ya, dia sibuk dengan kerjanya. aku rasa mungkin sebab itu dia lupa.lupa yang aku ada untuknya.macam dulu, macam selalu.hari ini mata aku bundar, celik membutang. akur dengan hukum karma; buat baik dibalas baik. dia membuktikannya.alhamdulillah. tahniah,kawan.dari jauh aku mendoakan yang terbaik untuknya. walau dulu dia dikeji dicaci diperli difitnah segala.namun, kuasa tuhan maha adil.semoga hari hari esok sentiasa cerah untuknya. ada mentari di siang hari, ada pelangi di balik renyai hujan, ada bulan bintang pabila larut malam menemani langkah gagahnya bersama gigi besar, tanda senyuman manisnya. *dari jauh pun dah boleh nampak. aku cukup mengkagumi prinsip hidupnya, ilmu akalnya, budi bicaranya, tingkah lakunya. satu dalam sejuta.terima kasih untuk semua budimu, jasamu,sumbanganmu.bila bila kau senang untuk teringatkan aku,ya aku masih di sini untuk kau. TH <3


notakaki; ayat merapu.tak sedap bila dibaca semula.aku pun taktahu kenapa.terima saja,

Saturday, 7 April 2012

kesepuluh,

simpang itu buat aku keliru
yang ku temu cuma jalan buntu
mati akal lidah pun kelu
hati terkunci membatu
apatah lagi bibir diam membisu
lalu ku pohon pada yang satu
pulangkan ke landasan nawaituku

Monday, 2 April 2012

kesembilan,

ya, hujan renyai di sini. hamis bau yang aku rindu.sama macam di seri puteri dahulu. rindu, sungguh aku rindu kehidupan itu. hujan ini mengingatkan aku kepada seorang teman. teman yang sudah lama aku kenal tapi ya sekepalanya sedikit lambat. hampir kepada spm, baru kami rapat. benar kata orang, yang berharga itu tak selalu muncul.jika tiba pun cuma sedetik waktu. tapi tak mengapa, sekejap itu mengajar aku erti bersyukur. punya teman sehebat dia, fats.


fats, satu nama yang aku cipta untuknya.patty pada umunya.ya, aku ingat dulu bila kami hipertansi memikirkan keputusan peperiksaan percubaan. tambah lagi addmaths. bagai nak gila waktu itu. terus jadual disusun, masa diagihkan seadilnya untuk setiap subjek. semangat baru datang. seperti mahu membalas dendam dengan gred yang tidak disenangi. 


dimulakan dengan pagi, bangun dari katil bertilam empuk dibaluti bedspread biru sapphire seawal yang termampu.ya, yang termampu. terus mandi dan bergegas ke surau untuk menunaikan subuh. terus ke dewan makan untuk menikmati sarapan pagi.roll call, terus ke surau. dalam kelas mengamalkan prinsip untuk tidak tidur. membuat diskusi itu dan ini dengan tekun. kadang kadang ada masa menconteng kata kata semangat di sticky note lalu ditepek di meja. habis P&P, punya awal menuju ke dewan makan. biasalah. dah penat belajar, mana nak tahan beratur panjang. makan, dan makan dengan pelahap.rindu,


terus naik ke surau untuk zohor. paling tidak pulang ke dorm untuk mandi dan tukar baju kurung. terus ke kelas atau mencari tempat lebih aman untuk menjalani prep petang. kadang kadang, bila sudah tepu otak mulalah idea nak ke koperasi, ke cyber kiosk. pastu kerja smua tak jalan. tadah perut lagi di dewan mkn untuk minum petang. sungguh, dm punya banyak kenangan. terus naik ke surau untuk asar. buku masih lagi dibuka. bertanyakan itu dan ini. seolah olah tidak belajar satu apa dan spm nun masih jauh di sana.gila. ya, memang gila.


selesai makan malam, terus ke surau untuk maghrib, solat hajat, bacaan quran,yasin.wirid menenangkan jiwa dan terus isyak. ah, rindunya surau seri puteri. paling aman untuk beribadah. ya, bila hujung minggu, suraulah yang kami kunjungi.seharian aman untuk menelaah. prep malam di kelas atau starbucks menjadi pilihan bila suasana kelas tidak memuaskan.oh, ada ketika fats sibuk dengan kelas addmathsnya bersama abang raja. ya, abang raja. habes prep, lalu DM kalau sempat take away supper wajiblah kami rembat.haha.


sampai dorm, settle down dan almulk. terus berkunjung ke prefects room topaz atau pun pantry emerald. ya, sambung lagi ulang kaji. 12.30 malam sudah wajib tidur untuk bersiap keesokan hari. yana jarang ada di katil.selalu ke ixora dengan tara. katil yana menjadi katil fats untuk seketika.


begitulah seharian. kami berusaha.bergelak ketawa.aku masih ingat kejadian handphone durjana.ah, tak mungkin lupa. 


fats, kau kawan susah senang. biar pun seketika. semoga kejayaan ini berterusan, sampai syurga. jaga diri di penang ya.


lemak yang paling aku sayang c:

notakaki; aku terbayang kau menari MSK.haha,si bulat

Sunday, 1 April 2012

kelapan,

berikan aku ruang dan masa
nanti kau juga yang dapat pulangan
sabar ya?