Monday, 19 March 2012

keenam,

keenam,
bila mahu tiba ilham?
blog ini masih kelam,
seperti senja suram,
bila mentari terbenam,
datang pula malam,
angin sejuk mencengkam,
bawa rindu dendam,
pada dia lama ku pendam,
jauh dalam hati terbenam,
kau yang tak pernah padam,
sila yakin dan faham,
jika ada jodoh ar-rahim,
kau dan aku pasti ________,


diam,
aku tak jumpa perkataan belakangnya m,
habis punah irama puisi gurindam,
a.samad tengok pasti direjam,
lama mata ku pejam,
pejam,
pejam lagi sampai lebam,
puisi ini kurang garam,
belum baca sudah rasa masam,
aku tunggu kau tiap malam,
cepatlah muncul wahai ilham.


notakaki; nak cakap tade ilham sampai ini punya panjang -__-"











No comments:

Post a Comment

terima kasih c: