Monday, 19 March 2012

ketujuh,

mari sini, aku kenalkan dengan kehidupan desa rimba.ya, kehidupan selepas seri puteri. kehidupan yang juga memberi erti. seribu satu cerita, tuhan saja tahu, aku bahagia di sana.


pagi hari dimulakan seawal jam 0500, berkejaran ke tandas untuk mandi memandangkan katil aku terceruk di dinding hujung kamar cempaka.selesai mandi, baju PT disarung.ya, physical training pembuka selera. tepat jam 0545, keempat empat kompeni wira dan wirawati terpacak di dewan jati; roll call pertama tiap hari iaitu subuh. selesai tugas aku sebagai dua balak melapor kekuatan muslim, terus kami ke surau. menanti pak imam bertugas melantunkan suara azan, solat berjemaah ditunaikan.habis berdoa, tangan diraut ke muka, telekung digantung, tali kasut diikat, padang kawad aku berkejaran. PT dinikmati tanpa henti.tambah lagi bila hari senamrobik, wira mahu pun wirawati tanpa segan silu aksi cikgu ditiru, satu per satu. peluh turun. lencun, macam mandi tadi pagi. jam 0730, balik ke dewan jati untuk sarapan. kalau menu nasi lemak, empat biji telur tanpa malu aku telan. kesian anak buat satu hari melayan kentut busuk.HAHA.


jam 0820 roll call kedua untuk ke kelas. kelas pembinaan diri.kat sini banyak benda aku belajar. nak kata baru takde lah sangat sebab semua tu sudah ada dalam diri. cuma tinggal untuk digilap sedikit. menggunakan common sense pribadi, aku cuba tonjolkan diri. ya, banyak kebaikan yang aku dapat. jam 1030 tiba untuk minum pagi. oh, sebagai manusia berbalak dua adalah diharuskan untuk memantau anak buah mengambil makanan, memastikan mereka mendapat makanan secukupnya.dan aku menjadi yang paling akhir untuk menjamu selera.tiap hidangan begitu, enam kali sehari.kelas disambung lagi.1230 pula makan tengah hari. terus, roll call ketiga untuk zohor.ya, berjemaah.


petang diteruskan dengan kelas jika mengejar silibus. kadang kadang modul fizikal take over. kelas multi skill ada 3. pembinaan diri, kenegaraan dan integrasi. modul fizikal tak terkira banyaknya. dimulakan dengan TTS; tempur tanpa senjata.terus lagi ada sukan kreativiti, sukan air;kayak. menembak, kembara halangan, tali tinggi, tali rendah, navigasi.ah, aku lupa selebihnya. dan kemuncak; wirajaya. memang berjaya.walau pun hujan mematahkan atur cara. jam 1630 pula minum petang.kemudian terus ke surau untuk berjemaah asar. kemudian  riadah. riadah yang aktiviti utamanya bola jaring, bola tampar dan takraw bagi karnival sukan. ada juga masanya belajar kawad besar besaran.ya tuhan, rindunya.


jam 1830 makan malam.ya, sama macam seri puteri. inilah waktu puncak yang paling aku tidak tahan. roll call maghrib jam 1915. aku mandi sambil berlari.siapkan diri, heret anak buah lagi. ini dugaan paling besar kalau anak buah tak dengar kata.selesai jemaah isyak, terus ke dewan jati lagi. ada saja aktivitinya.kadang kadang kelas kerohanian.terus aku teringat surau seri puteri, santapan rohani oleh sang badai, imamah, naqibah. tak aku jumpa seperti itu di sini.jam 2230 tiba untuk minum malam.ya, makan adalah wajib. siapa sangka. tapi itu aku suka.jam 2300 roll call terakhir sebelum membuta di tilam empuk kepunyaan masing masing.


begitulah seharian berputar untuk 77 hari.hidup di sana ku isi dengan kewujudan kawan baru. paling mengerti; shida.berlawak jenaka;daa. berwira; opie.dan untuk siti dan aini, walau pun lambat tapi kalian teman berharga.gang surau tak aku lupa; shaza,sue,ainul,siti. manusia yang sama menggalas balak seperti aku; jihah yang sentiasa sudi mendengar. beruk belaan; ain. teman gosip setia;nur. anak buah tak aku lupa. walau pun aku jauh hati dgn mereka.oh, ketua kamar berkaki lebar dan berdedikasi;ayu. terima kasih mengajar aku erti baru.


ya, jurulatih yang menyumbang ilmu tanpa ragu. cikgu kelas pembinaan diri; cikgu arnie, cikgu nana. cikgu kelas kenegaraan merangkap mentor; mama lili.oc kompeni charlie; papa rajen tanpa henti mengajar kawad. jurulatih fizikal yang aku rasa nak timang tinggi tinggi; cikgu mai. papa razali yang suka melawak walau pun berbadan sasa.dan, paling aku sayangi; cikgu wawa. tempat bercerita, berkongsi, berteduh. paling utuh. semoga allah membalas jasa kalian semua.


terlalu banyak bicara,takkan habis kata kata. mari aku biarkan gambar bersuara.


di kelas, ya tanpa kerusi mahu pun meja.

sesi riadah, kawad besar besaran

on my way to taiping for menembak session

dua balak dan anak buah c:

tembak,tembak

waiting for my turn,

cikgu mai punya c:

wirajaya; putting up the tent

cari kayu dengan opie,

survival, masak nasi dan sardin

berjaga malam demi pangkalan,

budak gedik tak tahan; as,ayu,erin

walaupun baru, kawan tetap kawan

charlie, tetap juara c:

greatest daus, semua award nak rembat

cucuk sate,

wan najiha wan mat din c:

charlie tetap juara c:

tu dia, cikgu arnie c:

papa razali yang sasa c:

gang surau,HAHA

mama lili,shaza

in blur, cikgu nina; nampak ayu tapi jurulatih fizikal.HAHA

cikgu mai,timang tinggi tinggi c:

lastly, meet my super duper greatest companion; cikgu wawa c:

keenam,

keenam,
bila mahu tiba ilham?
blog ini masih kelam,
seperti senja suram,
bila mentari terbenam,
datang pula malam,
angin sejuk mencengkam,
bawa rindu dendam,
pada dia lama ku pendam,
jauh dalam hati terbenam,
kau yang tak pernah padam,
sila yakin dan faham,
jika ada jodoh ar-rahim,
kau dan aku pasti ________,


diam,
aku tak jumpa perkataan belakangnya m,
habis punah irama puisi gurindam,
a.samad tengok pasti direjam,
lama mata ku pejam,
pejam,
pejam lagi sampai lebam,
puisi ini kurang garam,
belum baca sudah rasa masam,
aku tunggu kau tiap malam,
cepatlah muncul wahai ilham.


notakaki; nak cakap tade ilham sampai ini punya panjang -__-"