Monday, 19 December 2011

ketiga,

aku ada dua dapur makan, kau ada?
sampai hari ini aku masih tak paham kenapa mereka begini. masing masing mementingkan diri sendiri, ego, banyak emosi. yang tuanya bukan mahu menunjukkan contoh yang baik malah lebih kebudak budakan. sana sini menunjukkan keegoan diri. semuanya mahu betul saja. gila, kalau difikirkan, aku yang gila. tak mahukah hidup bahagia macam orang lain, aman sahaja rumahnya. yang kecilnya pula sudah pandai menaburkan kata kata kesat. cukup yang tua sebagai model, tidak perlu cerita di televisyen yang berunsur ganas dan sebagainya. gila, kalau difikirkan, aku yang gila. 


ya, dan kerana ini aku mendoakan masa cepat berjalan, bumi mengelilingi mentari tanpa henti. bawaku ke masa yang lain, hari yang baru, situasi yang berbeza. aku ingin membesar dan cukup mampu untuk mengubah keadaan sekeliling. aku ingin bina sebuah keluarga baru, bahagia.  

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: