Monday, 19 December 2011

kedua,

masih tiada perasaan untuk menaip panjang. tiada cerita untuk dikongsi. cuti panjang yang hanya diisi dengan aktiviti harian seperti sang beruang kutub berhibernasi.bezanya, mungkin dengan latihan memandu yang aku hadiri. 


ada keluhan panjang di situ,
jujur, aku rindukan masa lampau. rindukan kehidupan yang teratur dan hampir sempurna di seri puteri. pagi hari dimulakan dengan menyembah tuhan di surau, sarapan pagi di dewan makan, tuntutan ilmu di 5 Tekun. cukup sempurna, semuanya teratur. tidak perlu fikirkan apa apa, cuma penuhkan ilmu di dada. oh tuhan, rindunya.


bukan tidak mensyukuri kewujudan LOT 596,
aku cuma sesak nafas di sini. payah sekali untuk menghirup udara segar kurniaan tuhan. tersekat di kerongkong. ada yang tidak tenang, masing masing dengan urusan sendiri. sekali sekala kedengaran sumpah seranah yang dilontarkan oleh isinya. pedih telinga aku mendengar. kadang kadang kegoyahan iman juga turut membuatku leka dengan kata kata keji itu di bibir sendiri. kenapa begitu susah untuk aku bahagia? salahkah aku merindui setiawangsa pabila ini yang terjadi?


tiada jawapan cuma keluhan panjang, lagi.

No comments:

Post a Comment

terima kasih c: