Saturday, 31 December 2011

kelima,

mana ada tahun baru kalau tak ada tahun lama. boleh macam tu,HAHA.pun boleh. 
ya, saya sayang 2011. sayang lagi azmin nur c:


terima kasih untuk semua, makan minum.halal eh. rindu setiawangsa, ada rezeki jumpa lagi c:

Friday, 30 December 2011

keempat,

hari hari terakhir dua puluh sebelas.


cepatnya masa berjalan. lama sudah seri puteri ditinggalkan. lama sudah,
terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang menjadi penambah warna dan rasa dalam hidup.antaranya,


deskmate, walau pun punya musibah.

sharah,sekali pun terpisah

al-fats, biar pun seketika

al-umm, sungguh pun ada sempadan

farah, begitu pun membakar semangat

mellay, walau pun jauh

jong, sekali pun kau lupa.

sungguh, terima kasih.

Monday, 19 December 2011

ketiga,

aku ada dua dapur makan, kau ada?
sampai hari ini aku masih tak paham kenapa mereka begini. masing masing mementingkan diri sendiri, ego, banyak emosi. yang tuanya bukan mahu menunjukkan contoh yang baik malah lebih kebudak budakan. sana sini menunjukkan keegoan diri. semuanya mahu betul saja. gila, kalau difikirkan, aku yang gila. tak mahukah hidup bahagia macam orang lain, aman sahaja rumahnya. yang kecilnya pula sudah pandai menaburkan kata kata kesat. cukup yang tua sebagai model, tidak perlu cerita di televisyen yang berunsur ganas dan sebagainya. gila, kalau difikirkan, aku yang gila. 


ya, dan kerana ini aku mendoakan masa cepat berjalan, bumi mengelilingi mentari tanpa henti. bawaku ke masa yang lain, hari yang baru, situasi yang berbeza. aku ingin membesar dan cukup mampu untuk mengubah keadaan sekeliling. aku ingin bina sebuah keluarga baru, bahagia.  

kedua,

masih tiada perasaan untuk menaip panjang. tiada cerita untuk dikongsi. cuti panjang yang hanya diisi dengan aktiviti harian seperti sang beruang kutub berhibernasi.bezanya, mungkin dengan latihan memandu yang aku hadiri. 


ada keluhan panjang di situ,
jujur, aku rindukan masa lampau. rindukan kehidupan yang teratur dan hampir sempurna di seri puteri. pagi hari dimulakan dengan menyembah tuhan di surau, sarapan pagi di dewan makan, tuntutan ilmu di 5 Tekun. cukup sempurna, semuanya teratur. tidak perlu fikirkan apa apa, cuma penuhkan ilmu di dada. oh tuhan, rindunya.


bukan tidak mensyukuri kewujudan LOT 596,
aku cuma sesak nafas di sini. payah sekali untuk menghirup udara segar kurniaan tuhan. tersekat di kerongkong. ada yang tidak tenang, masing masing dengan urusan sendiri. sekali sekala kedengaran sumpah seranah yang dilontarkan oleh isinya. pedih telinga aku mendengar. kadang kadang kegoyahan iman juga turut membuatku leka dengan kata kata keji itu di bibir sendiri. kenapa begitu susah untuk aku bahagia? salahkah aku merindui setiawangsa pabila ini yang terjadi?


tiada jawapan cuma keluhan panjang, lagi.

Friday, 9 December 2011

pertama,

blog baru,
kenapa? entah. mungkin sebab aku di rumah. tiada teman untuk bercerita, mencurah perasaan mata ke mata. lalu keputusan ini diambil kerana aku memerlukan teman maya untuk melakukan demikian.


meninggalkan sekolah seri puteri,
alhamdulillah. dengan usaha dan keizinanNya aku telah pun selamat berjaya menjawab sembilan mata pelajaran SPM 2011. terima kasih,tuhan. dah habis usaha, sekarang masa untuk bertawakkal. semoga aku memperoleh keputusan yang cemerlang sekali gus dapat membalas jasa dan penat lelah semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu aku ke arah SPM.mana mungkin aku lupa pahit manis hidup di SSP. semoga semuanya menjadi kenangan yang manis.


p/s: masih tiada nafsu untuk menaip panjang,